CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2247|Reply: 0

Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

BANJIR di daerah Kasur, Pakistan. FOTO AFP

Islamabad: Kira-kira 100,000 penduduk di wilayah Punjab, Pakistan, dipindahkan secara besar-besaran akibat banjir.

Ratusan kampung dan ribuan hektar tanah pertanian di wilayah tengah ditenggelami air apabila tebing Sungai Sutlej, pecah pada Ahad lalu.

Bot penyelamat bergerak dari kampung ke kampung sejak beberapa hari lalu, menyelamatkan orang ramai yang menunggu di atas bumbung rumah, apabila paras air semakin meningkat.

Ada sebahagian daripada mereka menolak motosikal dan membawa haiwan ternakan seperti lembu, dan harta benda di atas kepala, ketika meredah banjir di kawasan yang airnya cetek.

Penduduk, Kashif Mehmood, 29, menyelamatkan diri bersama isteri dan tiga anaknya ke penempatan sementara selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

"Banjir beberapa hari lalu dan semua rumah kami ditenggelami air.

"Kami berjalan kaki sepanjang jalan ke sini dengan susah payah," katanya kepada AFP.

Sementara itu, seorang doktor sukarelawan tempatan di kem bantuan, Muhammad Amin berkata, air naik kira-kira 1.5 hingga 1.8 meter.

"Satu-satunya laluan yang boleh digunakan untuk pergi dan balik kini ditenggelami air.

"Bot digunakan di laluan sejauh 15 hingga 16 kilometer (km) ini supaya kami dapat menyelamatkan orang ramai," katanya.

Jurucakap Jabatan Kecemasan Punjab, Farooq Ahmad berkata, pihaknya menyelamatkan 100,000 orang sebelum memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

Dalam pada itu, Ketua Meteorologi Pakistan, Muhammad Aslam menyifatkan banjir itu terburuk apabila paras sungai berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 35 tahun.

Ketua kerajaan Punjab, Mohsin Naqvi pula berkata, hujan monsun mendorong pihak berkuasa India melepaskan lebihan air dari takungan ke dalam Sungai Sutlej, menyebabkan banjir melanda di Pakistan.

Ali Tauqeer Sheikh, pakar iklim dan air yang berpangkalan Islamabad berkata, paras air di Sungai Sutlej menjadi sangat tinggi.

Katanya, pihaknya menjangkakan bencana itu berlaku apabila kedua-dua negara sedang menghadapi masalah bencana iklim.

"Tiada niat jahat di pihak India. Air akhirnya terpaksa mengalir ke hilir ke Pakistan.

"Pakistan memantau musim monsun di India dengan agak teliti, jadi pihak berkuasa Punjab dan Pakistan mempunyai masa amaran mencukupi untuk memindahkan orang ramai dan merancang tindak balas kecemasan dengan cepat," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 24, 2023 @ 11:28am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.389647 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list