View: 2518|Reply: 2
|
Setahun Pakai Topeng Gara-Gara Burung
[Copy link]
|
|
Setahun lamanya seorang saintis dari Jepun memakai topeng kepala burung gara-gara mahu mendekati haiwan itu.
Lapor Oddity Central, saintis yang mengkaji kelakuan burung melakukan eksperimen itu bagi membolehkannya mendekati burung.
Twitter/Oddity Central
Baru-baru ini, profesor dari Tokyo Universiti, Toshitaka Suzuki berkongsi sekeping gambar memaparkan seorang lelaki sedang memakai topeng kepala burung gergasi di laman Twitter.
Dilaporkan, gambar itu dirakam di sebuah kawasan hutan yang terletak di wilayah Nagano.
Gambar itu menunjukkan seorang rakan saintis memakai `topeng penyamaran’ itu selama setahun untuk mendekati sarang burung tanpa mencetuskan sebarang gangguan kepada haiwan itu.
Pakar ornitologi menyedari bahawa spesies burung tertentu mampu mengingat wajah manusia sekaligus akan berhenti berkicau apabila mengesan mana-mana individu mendekatinya.
“Selepas mengetahuinya, saintis itu memutuskan untuk menyamar sebagai burung untuk mendekati burung dan mengkaji kicauan spesies itu,” jelas laporan.
Sebelum ini, saintis yang namanya tidak didedahkan itu pernah menghampiri sarang dan mengkaji anak burung.
“Sejak itu, burung berkenaan tidak berkicau biasa sebaliknya mengeluarkan bunyi seperti amaran apabila melihat saintis itu.
“Tindakan itu menyukarkan saintis menjalankan penyelidikan mengenai kelakuan spesies haiwan itu. Jadi, dia mendapat idea untuk menyamar sebagai burung,” jelas laporan.
Menurut Toshitaka, rakan sekerjanya mengenakan topeng kepala burung itu selama setahun, namun eksperimen dilakukan gagal.
“Setiap kali burung itu menyedari saintis itu menghampirinya, haiwan berkenaan akan berkicau seolah-olah bunyi amaran,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
So, apa yang dapat dalam setahun ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|