CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4334|Reply: 0

Merdeka 88 Enduro himpun pelumba terhebat negara

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode

MSF Merdeka 88 Enduro meletakkan syarat perlumbaan yang lebih fleksibel. FOTO Ihsan MSF Series

Kuala Lumpur: Malaysia Festival of Speed (MSF) Merdeka 88 Enduro terus menghangatkan lagi Hari Malaysia dengan menghimpunkan ratusan pemandu yang akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok.

Merdeka 88 Enduro, yang juga adalah perlumbaan lasak sepanjang 88 pusingan mengelilingi trek sepanjang 5,548 kilometer (KM) sekali gus menambah rasa keseronokan di kalangan pasukan bertanding.

Pengarah MSF, Adian Yein Khalid berkata, Merdeka 88 Enduro edisi 2023 menyaksikan penyertaan 51 kereta yang bersaing dalam pelbagai kelas perlumbaan di mana 21 dalam Kelas A manakala 30 lagi membabitkan Kelas B.

"Seperti yang kita sedia maklum, MSF Merdeka 88 Enduro adalah acara yang cukup istimewa dan berbeza dengan perlumbaan kereta salun dan touring yang pernah diadakan sebelum ini," katanya, menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, acara MSF Merdeka 88 Enduro meletakkan syarat perlumbaan yang lebih fleksibel antaranya tiada had dalam jumlah pemandu bagi sebuah kereta.

"Walaupun menetapkan minimum dua pemandu untuk satu pasukan, tiada had maksimum ditetapkan. Terpulang kepada pasukan untuk mendaftarkan berapa banyak pun jumlah pemandu mereka.

"Juga, tiada had masa untuk pemanduan, tetapi seorang pemandu perlu direhatkan separuh daripada masa pemanduannya sebelum boleh dibenarkan memandu kembali," katanya.

Tambahnya, bagi memastikan pentas saingan yang lebih adil dan untuk menyeronokkan, saingan setiap pasukan dihadkan kepada maksimum hanya satu pemandu kelas antarabangsa manakala dua juara peringkat kebangsaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mba-terhebat-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037649 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list