|
PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila nasi kerabu lauk ikan yang dibeli di sebuah pasar malam di Sendayan, Negeri Sembilan memualkan serta kotor.
Di Facebook, wanita terbabit mendakwa lauk ikan yang dibeli bersama nasi kerabu terbabit berbau hanyir serta tidak dicuci dengan betul sebelum dimasak.
Lebih menjijikan, insang ikan tersebut masih ada dan terdapat darah beku serta beberapa bahagian perut juga tidak dicuci dengan sempurna.
“Pergi pasar malam, beli nasi kerabu, tengok ikan teringin nak makan, harga boleh tahan tak apalah sebab nak makan.
“Sekali balik rumah rasa ikan hanyir betul, gagah makan, sampai tak lepas nak telan. Buka dalam insang tak buang, darah beku banyak lagi ada urat dalam perut lagi, patut hanyir betul,”tulisnya.
Justeru, wanita terbabit menasihatkan pengguna agar berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam.
“Nak jual, jual la betul betul, nak bagi orang makan buat la macam kita nak makan,” luahnya geram.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan jijik dengan penjual yang mengabaikan kebersihan serta tidak bertanggungjawab makanan yang dijual.
“Pengotor peniaga tu,saya kelmarin makan nasi kerabu ikan celup tepung tapi ikan tu keras isi dia,macam perangat (masak balik) banyak kali,”Suraya Ahmad.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rosli Hashim Rosli.
“Ikan tak bersih, pengotor peniaga. Nak untung lebih kebersihan tidak dijaga,”katanya.-CARI
Sumber: Kosmo |
|