CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 4

Baru Empat Hari Kenal, Suami Orang Dah Tanya Selulit Dan Jenis Coli "Ada Besi Ke Tak Ada Besi"

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mendedahkan lelaki yang baru dikenalinya merupakan seorang yang berperwatakan manja dan lemah-lembut.


“Dia betul-betul desperate inginkan aku. Asyik telefon dan sembang dari pagi sampai petang, siap ajak video call.


“Macam biasalah kalau video call, perempuan cuma tunjuk dahi je. Dia pun cakap, ala nak tengok muka awak. Saya cakap baru bangun tidur, dia cakap lagilah comel,” katanya dalam satu video yang dikongsi di media sosial.




Gambar Hiasan




Memasuki hari keempat, dia tidak menyangka lelaki itu bertanyakan soalan yang pelik sehingga membangkitkan kemarahannya.


“Dia tanya soalan macam ni, perut awak ada selulit tak? Perut awak ada ‘stretch mark’ hitam tak? Soalan ‘sangat eksotik’, jarang lelaki kenal dengan perempuan tanya pasal selulit orang.


“Memang aku baran, kalau ada selulit pun kenapa, apa kena mengena? Hina ke ada selulit, apa masalah?” katanya dengan nada marah.


Walau bagaimanapun, lelaki yang baru dikenalinya itu membalasnya dengan baik.


“Dia jawab ‘Kalau awak ada masalah selulit, awak pakai satu krim ni’. Dia tunjuk kat aku gambar produk tu. Aku okay je,” ujarnya.


Tidak berakhir di situ, wanita itu kemudian diasak lagi soalan lain dan kali ini lebih pelik dan berbaur lucah.


“Ada soalan kedua, betul-betul buat saya baran. Dia tanya ‘Awak pakai coli (baju dalam wanita) ada besi ke tak ada besi?’ Aku terus fikir yang lelaki ini miang gatal ni.


“Aku maki dia, tak ada kena mengena, pasal apa coli nak ditanya. Ada besi ke tak ada, suka hatilah. Kalau awak nak cari perempuan gatal, pergi cari orang lain, bukan saya,” katanya.


Susulan soalan-soalan pelik itu, dia membuat keputusan untuk tidak mahu melayan lagi pemuda itu sehingga dia berulang kali menghubunginya dan cuba memujuknya.


Dia akhirnya menjawab panggilan video dan terkejut apabila lelaki berkenaan menunjukkan dirinya mempunyai ‘koleksi’ baju dalam wanita.


Malah, lebih mengejutkan apabila lelaki itu menjelaskan bahawa pakaian dalam tersebut bersesuaian untuk kaum wanita mengekalkan bentuk payudara.


“Saya tanya ni coli siapa banyak ni? Dia akhirnya jawab, Saya sebenarnya dah kahwin. Saya minta maaf kalau awak tak nak berkawan dengan saya sebab saya dah kahwin.


“Tapi kalau awak ada masalah selulit, awak boleh pakai krim ni. Kalau badan dan ketiak ada masalah berbau... dia promote deodoran. Lepas tu dia ada jual coli.


“Kalau awak tak kawan sebab saya suami orang, tapi kalau awak nak beli semua tu, awak boleh telefon saya ye,” katanya yang mengimbas perbualan tersebut.


Menerusi perkongsian video berdurasi hampir 5 minit itu, dia kesal kerana menganggap dirinya dipermainkan demi strategi pemasaran dan melariskan jualan produk semata-mata.


“Macam tu je dia mempermainkan perasaan, tiga hari dia layan, rupanya jual coli. Bila aku stalk (intai) kat Facebook, rupanya bini dia ejen jual macam-macam, jadi top seller dapat jualan beratus ribu.


“Janganlah macam tu, mempermainkan perasaan wanita. Nasib baik aku tak jatuh hati dengan lelaki tu. Rupanya bini top seller, siap dapat anugerah. Matlamat tak menghalalkan cara tau,” katanya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 09:45 AM | Show all posts
hmm jantan mcm ni tinggalkan jela
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:02 AM | Show all posts
Edited by brego at 29-9-2023 10:03 AM
“Macam tu je dia mempermainkan perasaan, tiga hari dia layan, rupanya jual coli. Bila aku stalk (intai) kat Facebook, rupanya bini dia ejen jual macam-macam, jadi top seller dapat jualan beratus ribu.

“Janganlah macam tu, mempermainkan perasaan wanita. Nasib baik aku tak jatuh hati dengan lelaki tu. Rupanya bini top seller, siap dapat anugerah. Matlamat tak menghalalkan cara tau,” katanya lagi.

ada twist di hujung cerita, anti-climax

pompuan ni perasan jer lebeyh pikir jantan ni giler sex

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 11:29 AM | Show all posts
soalan infomative
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 11:57 AM | Show all posts
Lain mcm, frequent vc ni sgt personal, offical boipren gelpren atau lelaki pervert je yg suka vc ni lagi2 pagi2 atau tgh malam. Mana la perempuan tu tak rasa lain mcm. Tak salah pon kena maki lain mcm marketing strategi dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039752 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list