View: 2601|Reply: 1
|
[Tempatan]
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,908 orang
[Copy link]
|
|
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,908 orang
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah menunjukkan peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.
Jumlah itu dilaporkan setakat 8 pagi hari ini, berbanding 1,813 mangsa daripada 530 keluarga yang dilaporkan 8 malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua lagi PPS baharu dibuka di daerah Kota Setar.
"PPS itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah yang dibuka 1 tengah hari semalam, yang menempatkan 36 mangsa daripada 25 keluarga, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah seramai 56 mangsa daripada 18 keluarga," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-kepada-1908-orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh tiberhhh banjir kat kedah |
|
|
|
|
|
|
| |
|