CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: susano

[2011] LIBAS

[Copy link]
Post time 7-10-2011 11:43 AM | Show all posts
kansel mau tgk...problem pelem ni terletak pd penulis skrip,pengarah,lakon layar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 01:12 PM | Show all posts
dah tengok .... sekdar mengisi masa lapang ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 09:08 PM | Show all posts
beli tgk trailer terus teringat shaolin soccer
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 04:24 PM | Show all posts
nampak menarik
yup ada unsur shaolin soccer
tp cm best je
nape x byk promosi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 02:34 PM | Show all posts
Rosyam Noor tak sesuai jadi Hero....................
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:32 AM | Show all posts
Libas
AKSI / KOMEDI        1.88 juta        29.09.2011        0.88 juta *        66

*Kutipan terkini sehingga 12 Oktober 2011
Sumber finas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2011 08:51 AM | Show all posts
Libas


Adnan Saladin (Rosyam Nor) seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna (Scha Al Yahya).Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

Nota: Review ini mengandungi spoiler.

I had a hard time watching this review. Perhaps, that was one of the reasons why this review is long overdue. Libas secara dasarnya adalah sebuah cerita yang mempunyai tarikan yang baik kerana ia menjadikan sukan sepak takraw sebagai tema utama sekaligus dapat memberikan pendedahan kepada peminat filem tempatan terutamanya generasi muda. Walaupun kurang dari sudut originaliti kerana filem ini banyak persamaannya dengan filem Shaolin Soccer, ia bukanlah masalah yang besar.

Disebalik idea murni pengarah, penulis dan penerbitnya, Libas tersungkur sebelum dilibas. Biarpun elemen kesan khas disuntik ke dalam filem ini, dan ada antaranya yang menarik perhatian, namun ia tidak mampu menyelamatkan filem ini daripada terus lemas dalam dunia sendiri.

Plot filem ini kucar kacir. Banyak loopholes, dan persoalan yang bermain di minda sepanjang filem ini ditayangkan. I really hate teknik yang digunakan sewaktu pertukaran babak. Ia menganggu konsentrasi tontonan sekaligus menyebabkan mood menjunam jatuh.

Ditambahkan lagi dengan penceritaan yang lemah, ia seolah pasangan secocok yang dinantikan. Permainan Sepak Libas itu sendiri tidak dijelaskan cara dan konsep pelawanannya. Bagaimana penonton yang tidak kenal sukan itu mahu faham? Bukan plot sahaja yang tidak dikembangkan dengan baik, malahan lakonan, watak dan perwatakan juga menjadi penyebab mengapa filem ini gagal.

Terlalu banyak watak cuba disumbat ke dalam cerita ini, menyebabkan banyak backstory tertinggal dan menjadi persoalan. Seandainya watak Hamadi (Johan Raja Lawak) dijadikan 'pasangan' sebenar Adnan, pasti filem ini jadi lebih baik. Tetapi sayang, penulis tidak berbuat demikian.

Dan lebih menjengkelkan lagi adalah lakonan Rosyam Nor sendiri. Bukan hendak menafikan kehebatan beliau di layar perak, namun tiada apa yang istimewa diberikannya dalam filem ini. Tipikal dan stereotaip, itu yang boleh dikatakan. Rosyam tidak menjadi Adnan tetapi beliau menjadikan Adnan sebagai Rosyam. It's boring with a capital B.

Pelakon lain? Sama biasa tahapnya. Tidak ada seorang pun yang boleh diangkat sebagai 'hero' biarpun lakonan Johan dan Mohd Fazly (Kumok) berjaya mewujudkan hilai tawa penonton namun mereka turut tenggelam dek kerana tidak diberikan spotlight yang sewajarnya.

Banyak nabak-babak cheesy dan tidak logik menyerikan filem ini dan kerana execution-hancur, semuanya kelihatan buruk. Sekiranya ingin menerbitkan filem di masa hadapan, pasukan produksi wajar memberikan lebih perhatian tehadap cerita yang ingin diberikan. Teliti kelemahan, dan amati kelebihan, kalau tidak mahu gagal lagi.




Read more: http://www.tekanplay.com/2011/10/libas_06.html#ixzz1ao6ll1MT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 01:54 AM | Show all posts
alamak...plz la support filem ni. Bg box office...jgn filem amad dehem jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 01:47 PM | Show all posts
citer dia ok kalau nak kompare dgn citer hantu  B**c***.hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 03:21 PM | Show all posts
bagi bulat, citer ni x best... melampau sgt la pulak kalu nk buat lawak pun...

yg part mamat tu muntah tu.... eeeeeee.... jijikkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 10:45 PM | Show all posts
ok jugak cerita ni, tapi tak banyak yang tengok. Pawagam saya pergi tu empty masa movie ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 09:48 PM | Show all posts
haram tk best..
lps donload trus aku delete..
story tk best lawak entah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 10:45 AM | Show all posts
aku blum tgk..
trailer ada la...
tu la tgk mcm shaolin soccer
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 11:21 AM | Show all posts
kalo bg stephen chow buat citer ni mesti boks ofiz..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 12:10 PM | Show all posts
cgi kene perbaiki..
plot cter yg x smooth..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:50 PM | Show all posts

FILEM LIBAS

korang dah tengok ke filem LIBAS? so macam mana komen lah sikit best ke tak best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 11:59 PM | Show all posts
pada aku cite dia tak menarik walaupun para pelakon dia hebat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 09:21 AM | Show all posts
mmg tak besh pn.... rosyam tk layak jadi hero... kasi org yg lebih muda n nmpk atlet...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.377014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list