CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3554|Reply: 12

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet

[Copy link]
Post time 20-1-2011 07:15 AM | Show all posts |Read mode

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2011 12:09 PM | Show all posts




   






well done,Manchester University
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 07:20 PM | Show all posts
agaknya bible dah beratus versi kalau nak dibandingkan dgn Al-quran yg tak pernh berubah isi kandungannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 08:01 PM | Show all posts
kata share kat internet, mana linknya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 10:25 AM | Show all posts
sayang, manuskrip lama org islam berada dlm simpanan org2 bukan islam......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 03:29 PM | Show all posts
aku meluat tengok diorang pegang Quran.orang putih takde  hak nak simpan khazanah negara lain lebih2 lagi negara Islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply 6# roblucci


    orang putih? dah ramai orang putih beragama islam. orang arab kira org putih tak?
betul ke fakta yg kata al quran ni berusia 500 tahun? siapa yang menulis? kena ada para ilmuan islam mengkaji apakah benar ayat2 ini betul ayat quran. betulkah ayat2 ni sama .
semoga ianya bermanfaat pada umat islam dan membuka hati bukan islam untuk tertarik dengan islam juga.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:59 PM | Show all posts
Tak kira putih atau hitam , nak pegang quran mesti kena ada wuduk . Kalu ada wuduk maka tak perlu le pakai sarung tgn jika mereka2 itu islam. Kalu tgn berlapik pun masih tak leh pegang jika tanpa wuduk.
Sgt lah sedihnya naskah al quran di perbuat begitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 05:22 AM | Show all posts
mana link nyaa...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 05:26 AM | Show all posts
Reply 9# bzzts

Sorry artikel ni tak bagi link.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 04:45 PM | Show all posts
omputih yang miliki?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:45 PM | Show all posts
dia org pki glove mungkin tak nak jejaskan mukasurat tiap helaian tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 10:42 PM | Show all posts
ermm...Al-Quran tu suci...
dorang tu bukannya ade air sembahyang pun...nk pegang2
hammmpehhh betoi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092984 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list