View: 2810|Reply: 0
|
Harap elaun Cola anggota PDRM dinaikkan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan.
Kuala Lumpur: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup berharap kerajaan dapat menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (Cola).
Penolong Pengarah (Risikan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Mohd Faizal Zainal berkata, beliau berharap supaya elaun Cola dinaikkan pada satu kadar yang lebih wajar dan bersesuaian dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurutnya, buat masa ini kadar Cola yang diterima adalah kadar maksimum iaitu RM300 di mana kadar ini adalah tidak relevan dengan landskap ekonomi sekarang dan akan datang terutama bagi mereka yang bertugas dan tinggal di kota metropolitan.
"Cadangan kadar Elaun Cola dinaikkan kepada RM500 berbanding RM300 kerana dianggap berpatutan bagi jumlah perbelanjaan isi dapur (barang kering) untuk tempoh sebulan berdasarkn pengalaman saya sendiri.
"Ia juga dilihat sebagai satu inisiatif Kerajaan Madani dalam memberikan penghargaan kepada pejawat awam terutamanya PDRM yang setia berkhidmat untuk negara," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Faizal berkata, cadangan kenaikan Cola ini juga dipercayai mampu untuk menyuntik semangat kerja yang lebih positif dan menaikkan motivasi penjawat awam secara keseluruhannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
"Dengan kenaikan Cola juga, ia memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada penjawat awam dalam berbelanja dan ini akan menjana dan meningkatkan ekonomi setempat dan negara secara tidak langsung demi kesejahteraan semua," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Superintendan Ahmad Ikhwan Md Nadzir berkata, beliau juga berpendapat sama iaitu elaun Cola diharapkan dapat dinaikkan kerana peningkatan kos sara hidup.
"Kenaikan elaun ini juga membantu kami yang yang menjaga institusi keselamatan negara.
"Ini suara pasukan PDRM yang berharap dengan kenaikan elaun itu nanti akan membuat pasukan terus bersemangat berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan," katanya.
Katanya, elaun sebanyak RM300 dan tinggal di Kuala Lumpur dengan kos hidup tinggi tidak mencukupi.
Ketua Bahagian Pengurusan, IPD Penampang, Asisten Superintendan Arisanti Azis pula berkata, sebagai sokongan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan elaun Cola ini, adalah penting untuk memahami bahawa peningkatan ini bukan sahaja membantu individu tetapi juga memperkukuh keseluruhan institusi keselamatan negara.
"Oleh itu, kami mengharapkan pihak media dapat terus memberikan liputan yang telus dan mendalam mengenai isu ini serta memberikan suara kepada anggota PDRM yang sudah berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.
Koperal Pencegahan, Penguatkuasaan Kepolisian Am, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD KLIA, Koperal Juhilmi Taman berkata, memang menjadi harapan bagi anggota pangkat rendah yang hidup ibu kita dapat dinaikkan elaun Cola.
"Dengan cabaran ekonomi dan faktor tempat tinggal dan tempat berkerja di KLIA yang sudah tentu makan minum mahal agak mencabar.
"Saya berharap suara kami dapat didengar dan elaun Cola itu dapat dinaikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gota-pdrm-dinaikkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|