View: 3918|Reply: 8
|
Julia Farhana banyak tolak tawaran berlakon selepas bertudung
[Copy link]
|
|
Julia Farhana banyak tolak tawaran berlakon selepas bertudung

Julia Farhana di Majlis Pelancaran Bertine Moisturising Gel Cream oleh Tatagaltier di Tanamekar The Hills. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Petaling Jaya: Pelakon, Julia Farhana Marin, 28, terpaksa menolak banyak tawaran berlakon sebelum ini kerana watak ditawarkan tidak sesuai dengan penampilannya yang sudah bertudung.
Menurut pelakon filem Coast Guard ini, dia juga banyak menerima tawaran berlakon untuk platform OTT selepas mengenakan tudung sejak tujuh bulan lalu.
"Namun, saya terpaksa menolaknya kerana rata-rata watak ditawarkan untuk platform OTT ini tidak sesuai dengan penampilan baru saya sekarang.
"Antara watak yang ditawarkan seperti seorang yang banyak bersosial dan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki," katanya.
Bagaimanapun, kata Julia, penerbit dan pengarah juga memahami dengan penampilan imej barunya sekarang.
"Pengarah juga boleh terima syarat saya untuk tiada babak bersentuhan tetapi mereka tidak boleh menukar skrip terbabit.
"Cerita komedi romantik memang tak boleh nak elak ada babak bersentuhan seperti berpelukan. Apapun, pengarah juga beritahu bila ada watak lebih sesuai dengan penampilan saya, mereka akan hubungi saya nanti," katanya.
Pada masa sama, kata Julia, dia juga memang terlepas pandang banyak babak pegang-pegang atau peluk dengan pelakon lelaki bila dapat skrip sebelum berhijab dulu.
"Tapi sekarang, saya sendiri perasan perkara itu dan akui berasa tidak selesa dengan babak pegang-pegang dengan pelakon lelaki walaupun ada berlapik bila sudah bertudung dan berumah tangga," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia menyesal kerana banyak tawaran berlakon terpaksa ditolak kerana penampilan barunya, Julia menafikannya.
"Saya akui bukan mudah untuk istiqamah bila bertudung pada usia muda dan bergelar selebriti. Namun, saya tidak pernah menyesal kerana tahu niat sebenar pakai tudung kerana Allah SWT," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... n-selepas-bertudung
|
|
|
|
|
|
|
|
Jujur macik katakan
Sayangnya ekau bertudung awal kerana permintaan suami
Berapa ramai artis hati tak tenang
Bila bertudung bukan atas memenuhi kehendak hati sendiri
Maka akan berulang kali keluar cerita
Ekau korban itu ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn tkde job ke slps bertudung? Ramai artis bertudung bgtau kan sblm ni...tp dia byk tawaran n tolak...yg mana hrus kena caya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
achik suka lakonan you |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 28-10-2023 01:15 PM
Jujur macik katakan
Sayangnya ekau bertudung awal kerana permintaan suami
Setuju dgn acik She.. dia mmg lg elok free hair.. pas tu nampak sgt pakai tudung sebab kahwin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la dik… dunia ni hanya sementara… skrg ramai mwninggal mengejut tak kira tua… baru baca pasal bad indigo & badrul muhayat… |
|
|
|
|
|
|
|
Masa free hair pun bknla famous sgt dia ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
laki doktor takpela nak tolak2 job agittew...takpelah, maksudnya dia faham lah tu dia bini orang dah, so kena tapis2 dulu apa2 offer yang masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep dia simple aje... Xsemua ko boleh dpt dlm dunia ni. Pilih yg ini, korbankan yg itu. Jadi pilihan dia bertudung dan kena korbankan lah sebahagian minat dia dlm lakonan yg perlukan dia pegang watak xsesuai. Dalam membuat pilihan dan membuat pengorbanan, kena ada niat jugak. Kalau semberono, ikut-ikutan, jiwa tu takkan sampai. Semoga terus istiqomah dan dilindungi Allah dunia akhirat buat beliau. Sbb hijrah ke arah kebaikan ni, kita support. |
|
|
|
|
|
|
| |
|