View: 1714|Reply: 2
|
Wakil Malaysia Di Korea, Aina Abdul Bangga Buat Persembahan Walau Hanya Satu Lagu
[Copy link]
|
|
Aina Abdul mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila terpilih mewakili negara untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Persembahan magis Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup berjaya memukau hampir 2,000 penonton di dalam dewan KBS Hall, Seoul, Korea Selatan pada Ahad.
Foto: IG
Kata Aina, diberi peluang keemasan mewakili Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa merupakan satu penghormatan yang cukup istimewa buat dirinya.
"Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah Aina kecapi sebagai penyanyi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran Korean Broadcasting System (KBS) dan bakal dipertonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, Aina berkata dia tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.
Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja, Aina bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia.
Aina berkata dia berasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan kru produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional.
"Segala urusan berkaitan program juga berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.
"Walaupun terdapat kekangan bahasa, namun tiada sebarang masalah yang timbul kerana segalanya telah disusun secara terperinci dan teratur. Pihak KBS juga turut menyediakan khidmat penterjemah untuk semua peserta bagi memudahkan komunikasi.
"Saya berharap persembahan malam tadi dapat mempersonakan kesemua audiens yang menonton termasuk di dewan dan di rumah. Manalah tahu, mungkin selepas menonton program tersebut, nama saya di Korea Selatan semakin diingati, peminat semakin bertambah dan mereka mula mengikuti evolusi muzik Aina Abdul," ujarnya.
Melalui itu, Aina berharap supaya selepas ini dia dapat menerima lebih banyak undangan untuk kembali beraksi di Korea ataupun mendapat projek kolaborasi yang lebih istimewa.
"InsyaAllah. Terima kasih Korea untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini. Semoga kita berjumpa lagi,” ujarnya.
Untuk info, penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional KBS menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari negara berlainan.
Mereka adalah Tia Ray dari China, Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam). -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu teknikal nyanyian Aina ni sampai jadik macam tak sedap alunan suara sheol di telinga aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|