|
MARC Marquez.
London: Marc Marquez akui gembira apabila diberi peluang menguji jentera baharu bersama pasukan Ducati yang akan disertainya mulai saingan MotoGP musim depan.
Marquez yang juga juara dunia MotoGP sebanyak enam kali berkata, dia berterima kasih kepada pasukannya Honda yang memberi lampu hijau untuknya menguji jentera Ducati lebih awal.
Katanya, sebagai pelumba adalah penting untuk merasai jentera baharu dan cuba mendapatkan keserasian sebelum bermulanya musim baharu tahun depan.
Menurutnya, adalah satu 'mimpi buruk' buat mana-mana pelumba jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan jentera yang boleh mengakibatkan insiden tidak diingini berlaku seperti kemalangan.
"Ia berita sangat baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Honda, kepada semua kakitangan, kerana mereka membenarkan saya.
"Bagi seorang penunggang ia penting. Ia bukan sekadar ujian sehari, ia adalah ujian dua bulan. Jika tidak, anda terpaksa pergi bercuti pada bulan Disember dan Januari tanpa mencuba jentera baharu itu.
"Bagi seorang pelumba, ia bukan perkara yang baik. Ia seperti mimpi ngeri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Honda kerana mereka akan membenarkan saya mencuba motosikal itu," katanya yang akan menyertai pasukan Gresini Ducati musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -uji-jentera-ducati |
|