View: 1586|Reply: 3
|
Dunia Jadi Gelap, Adira Mengigil Takut Setiap Kali Nak Dengar Komen Ajai Dan Mas Idayu
[Copy link]
|
|
Dah tiga minggu bertanding, pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi tetap berdebar setiap kali berdepan dengan juri tetap Famili Duo musim ketiga (FD3).
Kata Adira, dunianya seakan menjadi gelap setiap kali selesai membuat persembahan untuk mendengar komen juri iaitu Ajai dan Mas Idayu.
Foto: IG
Perasaan takut itu membuatkan penyanyi berkenaan menggigil ketakutan setiap kali turun daripada pentas.
"Sewaktu menyanyi memang kami tidak fikir apa tetapi habis sahaja muzik kami rasa takut sangat seperti dunia ini gelap.
"Kami tengok muka mummy (panggilan Mas Idayu) senyum ke tak, tapi kami tawakal sahajalah. Masa nak turun pentas itu rasa menggigil-gigil.
"Saya rasa macam tak boleh berdiri dengan betul apabila lihat muka abang Ajai dan mummy," katanya.
Dalam pada itu, Emma, 34, berkata, dia lebih memikirkan berkenaan jawapan yang bakal dijawab kepada pihak juri kerana bimbang dianggap kurang sopan.
Tambah Emma, mereka kini lebih tertekan untuk melakukan persembahan di minggu keempat selepas berjaya menjadi juara pada minggu lalu.
Sudah tentu pihak juri meletakkan harapan yang tinggi untuk pasangan ini mengekalkan prestasi mereka.
"Kalau anda perasan selepas menyanyi saya diam sahaja. Sebenarnya rasa takut sangat sebab takut tersalah jawab dengan juri.
"Nanti apabila menjawab dengan juri takut dikatakan kurang ajar... Tahulah mulut-mulut netizen ni.
"Sebenarnya kalau ditanya sama ada takut atau tidak dengan kritikan... Ya takut lebih-lebih lagi untuk persembahan minggu ini kerana minggu lalu kami sudah menjadi juara.
"Sudah tentu expectation juri akan lebih tinggi, takut diberikan harapan yang diluar kemampuan kami," ujarnya.
Selaku juara, Adira dan Emma diberi kelebihan untuk memilih tema lagu bagi minggu keempat dan mereka memilih genre dangdut dan hindustan.
Pasangan duo adik-beradik ini bakal membawakan lagu mashup Pantun Janda, Di Kocok-Kocok, Bole Chudiyan, Hareudang dan Diam Diam Jatuh Cinta. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik ke kkak die tu. Comey ye
Chubby2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa persembahan dorang kena delete?
Tapi jadi pemenang mingguan. Nak tengok tak boleh dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Emma suara power. Adira sedikit bingit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|