View: 1513|Reply: 11
|
"Behar Dan Sharnaaz Okay, Behar Faham Perangai Dia, Tiada Masalah Besar"
[Copy link]
|
|
Azhar Sulaiman tak kecil hati dengan teguran Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataannya tentang konflik di antara Palestin dan Israel baru-baru ini.
Azhar, 51, kata hubungannya dengan Sharnaaz juga masih baik malah cukup memahami dengan perangai pelakon tersebut.
"Behar (Azhar) dan Sharnaaz okay. Behar faham perangai dia. Tiada masalah besar," katanya di Instagram.
Tambahnya dia tidak mahu memanjangkan salah faham di antara rakan artis memandangkan dunia hiburan negara ini kecil.
Malah kata pelakon filem Abang 92 itu memberitahu menjadi satu kerugian jika hubungan yang sudah lama terjalin rosak disebabkan salah faham.
"Industri ini kecil dan saya tak mampu menampung untuk ada salah faham dengan sesiapa.
"Rugi rosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin," ujarnya.
Sebelum ini, Azhar pernah memuat naik satu hantaran mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.
Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman teruk bukan sahaja daripada netizen malah rakan artis antaranya Sharnaaz.
Menurut Sharnaaz pendapat Azhar itu menunjukkan seolah-olah dia tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan 'budak-budak Tiktok'.
Azhar kemudiannya memuat naik satu hantaran video di Instagram menyatakan dia memberi sokongan kepada Palestin namum masih mempersoalkan tindakan Hamas menyerang Israel.
Bagi tidak memanjangkan lagi perbalahan, Sharnaaz memilih untuk tidak menghiraukan pandangan dilontarkan Azhar sebelum tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-kata digunakannya dianggap kasar bagi sesetengah individu. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak bunyi la orang tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Behar ni nk jadi capricee 2.0 ke |
|
|
|
|
|
|
|
behar ni makin lama makin byk bercakap mencapub |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya gambar2 tu mmg real ada jumpa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis lagi ke
Attn seeker much?
Sayang nya lah Azhar ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni di socmed bergasak. Lepas tu netizen gaduh. Nanti dlm grup whatsapp dorang screenshot netizen gaduh dorang sama sama gelakkan netizen. Lepas tu buat lagi statement ala ala chill. Kesimpulannya netizen bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
org palestine dok bjihad perang mati syahid
orgmalaya dok berperang media soosial carigaduh cari silap sesama korg dh mcm xde life
such a loser |
|
|
|
|
|
|
|
“Behar faham perangai dia” ewwwwww nak cakap apa sebenarnya ni? Nak cakap org tu bermasalah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian behar...kesunyian..kesepian... anak2 busy...isteri busy...biawak ni ? GF dulu mana behar...kena tinggal jugak ke?.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|