Assalamua'laikum. Tak best la kalau ada ilmu tapi tak mau dikongsi. Kan3?? Malam ni chawi nak jadi cikgu kepada budak-budak sekolah la. Tapi tak perlu panggil cikgu, cukup kalau panggil abang chawi je.haha. Haa..adik-adik, malam ni abang chawi nak ajar sifir 11 dengan cara cepat tanpa menggunakan helikopter kalkulator. Nak ajar guna blog ni tak boleh ajar banyak, kena ajar cikit-cikit je.hehe.. So, abang chawi akan ajar adik-adik sifir 11 didarab dengan sebarang nombor dibawah 100.hehee.. Ok la, kita start ye? Ok..set..
Nombor dibawah 10 kalau didarab dengan 11 akan menghasilkan nombor yang berganda. Sebagai contoh :
3 x 11 = 33
7 x 11 = 77
5 x 11 = 55
Ok? Faham? Senang je kan.hehehe..
| Hah..kamu. Apa yang kamu tak faham? Ce cite.. |
Sekarang untuk nombor dibawah 100 pulak. Senang je. Tengok ye abang chawi bagi contoh ni.hehe.. Warna pada nombor-nombor memainkan peranan yang penting untuk adik-adik faham.hehehe..
42
x 11 =
462
So, dia macam ni la.
4
+
2
=
6. Salin je balik nombor 4 dengan 2 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 6. Semudah ABC.
25
x 11 =
275
2 + 5 = 7. Salin je balik nombor 2 dengan 5 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 7. Semudah DEF.
69 x 11 = 759
6 + 9 = 15
Kan?
Nak bagi senang faham tulis balik jawapannya
159.
Lepas tu nombor 1 tadi tu campur balik dengan nombor
6.
6 + 1 = 7.
So, gantikan nombor 1 tu dengan nombor 7.
Jadi la 759.
Semudah GHI.
81 x 11 = 891
8 + 1 = 9. Salin je balik nombor 8 dengan 1 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 9. Semudah JKL.
97 x 11 = 1067
9 + 7 = 16
Kan?
Nak bagi senang faham tulis balik jawapannya
167.
Lepas tu nombor 1 tadi tu campur balik dengan nombor
9.
9 + 1 = 10.
So, gantikan nombor 1 tu dengan nombor 10.
Jadi la 1067.
Semudah MNO.
Nak belajar lagi tak ni? Macam dah mengantuk je abang chawi tengok.hehehe.. Nak belajar nombor yang beratus-ratus tak? Nanti la ye. Kalau nak belajar nanti bagitau abang chawi ye. Entry baru akan menyusul..hehehe..
p/s: Kalau tak faham tanya, jangan diam je.hehehe... ;D |