CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3822|Reply: 10

Isteri kini hamil, Awie bakal timang anak ketujuh

[Copy link]
Post time 25-11-2023 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Isteri kini hamil, Awie bakal timang anak ketujuh




AWIE



PETALING JAYA – “Saya segan sebenarnya nak cakap. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah SWT.”

Demikian respons penyanyi tersohor negara, Datuk Awie mengesahkan bahawa isterinya, Sharifah Ladyana kini sedang hamil anak kedua selepas tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Kehamilan tidak dirancang itu sekali gus manyaksikan Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman bakal bergelar bapa kepada tujuh orang cahaya mata, hasil tiga perkahwinan.

Awie ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia sebenarnya malu untuk menghebahkan berita tentang kehamilan isterinya itu kerana sedar faktor usianya yang kini sudah pun mencecah 55 tahun.

“Segan nak cakap sebab saya pun bukan muda lagi. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah saya anggap kehamilan isteri ini sebagai satu rezeki dan menyambutnya dengan baik.

“Mungkin kehamilan ini juga menjadi hadiah hari jadi saya yang disambut semalam,” katanya.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu lagi, isterinya baru sahaja disahkan hamil dan masih berada di peringkat awal untuk dihebah-hebahkan.

Bagaimanapun, legenda rock itu berharap, agar segala urusan kehamilan isterinya tersayang akan berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Masih lagi awal (kehamilan). Apa yang saya boleh harapkan, agar isteri dan kandungannya sihat-sihat sahaja. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

“Selagi Allah SWT izinkan, insya-Allah,” kata Awie yang juga tidak kisah tentang jantina anak ketujuhnya itu nanti.

Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.

Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... imang-anak-ketujuh/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah…..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat tokwiii... Dah atok atok pun dapat baby lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Membuktikan awie Masih berbisa
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lawan dengan jamal abdillah sapa terpaling jantan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Power pakcik nihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 09:40 PM | Show all posts
tahniah awie dan wifey.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Berlumba ke sawie dgn jamal?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
55 masih okey kut. Jangan umur-umur Al Pacino tu nak berbaby lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekapal dgn tokmal la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052158 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list