CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 0

Bagnaia julang gelaran dunia MotoGP berturut-turut

[Copy link]
Post time 27-11-2023 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Bagnaia julang gelaran dunia MotoGP berturut-turut


PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia meraikan kemenangan di Valencia selepas menjulang gelaran MotoGP dua kali berturut-turut.

VALENCIA – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menepati ramalan apabila mengekalkan gelaran dunia MotoGP dua kali berturut-turut selepas menjulang kemenangan pada perlumbaan penutup tirai di Grand Prix (GP) Valencia sebentar tadi.

Bagnaia yang memulakan saingan dipetak utama selepas Maverick Vinales dikenakan penalti turun tiga posisi akibat mengabaikan bendera hitam telah membuka peluang kepada Bagnaia untuk mengawal perlumbaan tersebut pada awal saingan.

Pelumba Pramac Racing, Martin yang turun dengan misi juara selepas hanya dipisahkan 12 mata di belakang Bagnaia tampil agresif apabila berjaya meletakkan dirinya di kedudukan kedua biarpun memulakan perlumbaan dipetak keenam.

Bagaimanapun, strategi Martin untuk memintas Bagnaia lebih awal tidak menjadi apabila telah melakukan kesilapan hingga hampir melanggar seteru utamanya itu di selekoh pertama sebelum ketinggalan di kedudukan kelapan.


JORGE Martin (kanan) terlepas gelaran dunia MotoGP sejurus melakukan kesilapan dengan melanggar Marc Marquez (Honda) pada pusingan keenam di Grand Prix Valencia, hari ini.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Martin terus agresif memintas seorang demi seorang pelumba tetapi tindakannya itu mengundang padah apabila dia terjatuh selepas melanggar belakang Marc Marquez (Repsol Honda) di pusingan keenam sekali gus menutup peluangnya untuk meraih gelaran dunia di Valencia.

Bagnaia tidak menoleh kebelakang dan meneruskan perlumbaannya tanpa tekanan sekali gus menjuarai saingan itu biarpun ditentang hebat pelumba Gresini Racing, Fabio Di Giannantonio yang menamatkan perlumbaan tempat kedua dan Johann Zarco (Pramac Racing) tempat ketiga.


PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia mengawal perlumbaan dengan bijak di Grand Prix Valencia hari ini.

Hasil kemenangan tersebut, pelumba Itali itu kini berjaya meletakkan namanya sebaris bersama legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila berjaya mempertahankan gelaran dunia berturut-turut.

Sejak saingan MotoGP diperkenalkan pada 2002, hanya dua pelumba pernah mempertahankan gelaran dunia MotoGP iaitu Valentino Rossi ketika mewakili Yamaha dan Marc Marquez bersama Repsol Honda. -KOSMO! Online

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ogp-berturut-turut/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.239672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list