CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1661|Reply: 7

Tahniah, Amylea kini isteri abang bomba Singapura!

 Close [Copy link]
Post time 27-11-2023 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Tahniah, Amylea kini isteri abang bomba Singapura!


Penyanyi Amylea selamat bergelar isteri kepada seorang pegawai bomba Singapura.

SUNGAI PETANI – Penyanyi Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada seorang pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan.

Amylea selamat dinikahkan oleh wali hakim dalam majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga penyanyi itu.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup dan sederhana, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka tersebut dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kendati itu, dia sama sekali tidak menyangka perkenalan singkat menerusi media sosial itu berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Kedua-dua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Teruntum Putih Redzuan Alias.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat.

Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 January tahun depan.

Amylea menzahirkan rasa syukur dirinya sudah pun bergelar isteri tanpa disangka kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.

“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah.

“Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.


Bagaimanapun, Amylea merahsiakan tarikh perkahwinannya dengan lelaki bernama Mohammad Aqbar Mohamad itu atas sebab-sebab tertentu.
“Selepas mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tidak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Ash pula menyifatkan Amylea seorang wanita yang bijak dan berdikari membuatkan dia tertarik pada penyanyi itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai bomba di Singapura.

“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan untuk tinggal bersama. Perkara ini berlaku terlalu pantas.

“Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Tengoklah macam mana nanti, just go with the flow,” tuturnya.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran yang didedikasikan khas buat suaminya.

Menurut Amylea, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu mereka satu hari nanti.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.

Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ng-bomba-singapura/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 07:03 PM | Show all posts
Alhamdulillah tahniah Amylea! Semoga bahagia ke jannah dan dikurniakan anak-anak soleh solehah. Allah will make it easy for both of you insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:11 PM | Show all posts
congrats Amylea! akhirnya terubat juga lika di hati and tak disia2kan.

tp masa dia frust, kuar lagu kendati tu best la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah amylea dan pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp kena rahsia tarikh nikah??? Pelik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:55 AM | Show all posts
cantik pulak tengok dia pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 10:03 AM | Show all posts
Tahniah...sekarang ni Iols nak tau, yang kat bawah dagu tu shading terlebih atau kulit asal yang tak di tacap pondesen???

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.124515 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list