View: 2805|Reply: 8
|
Nabila Razali Janggal Dipanggil Puan, Baru Sedar Rupanya Dah Kahwin
[Copy link]
|
|
Nabila Razali berasa janggal apabila disapa dengan gelaran puan ketika bertemu dengan orang ramai.
Situasi janggal itu berlaku semasa dia diundang membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.
Foto: IG
"Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?
"Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mendedahkan tidak ada lagi peminat menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi (mini love).
"Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi.
"Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya,” ujarnya.
Ditanya kehidupan hariannya sebagai isteri, Nabila berkata sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat Nik Iruwan memandangkan jadual kerja yang padat.
Kata Nabila, dia tidak sabar ingin menyediakan masakan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami tercinta
"Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tidak sabar untuk masaknya kepada suami.
"Itu menu pertama yang saya ingin masak buat suami," ujarnya.
Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Okla lagi ini wawancara biasa bila artis mesia baru lepas nikah. Drpd dia jawab, saya tekejut tgk ada lelaki sebelah bila bgn tido |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba pi jabatan2 kerajaan. Ko dah kawen ke belum ke, dorg akan panggil ko puan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalchi replied at 30-11-2023 07:01 PM
Okla lagi ini wawancara biasa bila artis mesia baru lepas nikah. Drpd dia jawab, saya tekejut t ...
Kalau nab ckp tkejut ada laki sblh, i ok lg. Tp kalau ms lum kawen pun asik membirah- cringe |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik suasana majlis perkahwinannya.
Semoga penikahan ini mendapat keberkatanNya, dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya, amein. |
|
|
|
|
|
|
|
dia x pernah berurusan di pejabat kerajaan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wafeloren replied at 1-12-2023 07:49 AM
Comel nabila ni.
Teks nasi lemak bukit antarabangsa.....telor rebus dibelah 8....
Sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|