CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14453|Reply: 11

[Tempatan] 'Tak pernah diperiksa selepas 5 tahun kerja dengan pas lawatan sosial'

[Copy link]
Post time 2-12-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode
'Tak pernah diperiksa selepas 5 tahun kerja dengan pas lawatan sosial'

https://www.bharian.com.my/berit ... -pas-lawatan-sosial

Nurul Hidayah Bahaudin - Disember 2, 2023 @ 8:30am
[email protected]


Antara PATI yang ditahan di Kampung Pantai Dalam dalam serbuan Imigresen malam tadi. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia dikesan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun tinggal lebih masa sehingga mempunyai anak lelaki berusia dua tahun.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, dia masuk ke negara ini pada 2018 menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.

"Jika ikutkan, saya hanya boleh tinggal di sini (Malaysia) sebulan menggunakan pas lawatan sosial tetapi tujuan saya datang untuk bekerja.

"Semasa bekerja di sini sebagai tukang cuci, saya bertemu dengan suami yang juga warga Indonesia bekerja sebagai buruh pembinaan.

"Kami dikahwinkan oleh bapa kandung yang mempunyai kad pengenalan merah (pemaustautin tetap)," katanya yang berasal dari Madura, Indonesia.

Katanya, anak lelakinya juga tidak mempunyai sebarang dokumen selain surat dikeluarkan oleh klinik swasta sewaktu kanak-kanak berkenaan dilahirkan.

"Sepanjang tempoh lima tahun di sini, saya tidak pernah diperiksa. Saya memang ada rancang nak balik kampung tetapi belum ada peluang lagi.

"Saya menetap untuk bekerja sebab nak sara keluarga yang miskin di kampung dan tak sangka saya jumpa jodoh pula di sini.

"Kini, kami sekeluarga tinggal di sini dengan menyewa bilik pada harga RM400 sebulan," katanya.

Wanita itu bersama suami dan anaknya antara 69 warga asing yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Pantai Dalam, awal pagi tadi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Imigresen ni pakai sistem window 95 ke sampai xde rekod masuk keluar pelancong? Dah beranak pinak kt sini pun buat bodo lg.....klau xde komplen mmg xde tindakan gamaknya? Patutlah spesis macit kemboja besar kpla.....aku rasa berjuta lg pati yg dh berkurun menetap sini.....kang ckp penguatkuasa mkn rswah sentap la plk
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 05:47 PM | Show all posts
takder amik vaksin, tu yang batuk kering bersepah, batuk kering disampaikan kepada rakyat tempatan, yang pembawa tiada rekod lah, sebab tiada data
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah kehebatan malaysia...itu baru indon tu leh duk bertahun..kot spy israel yahudi gamaknye ada yg beranak pinak kt sini..lebih2 lg kot guna pasport uk ke, US..layan tatang pujuk duk sini...padahal..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis lagi suka pau duit PATI dari periksa status...biasa sgt berlaku...

Nampak sgt undang2 Malaysia x jalan ...dan nampak sgt yg bertanggungjawab x buat kerja..

Tp mmg polis Malaysia warga asing pandang rendah...guna duit boleh lepas..ni kata2 dari warga asing sendiri ya ...ni fakta
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla nikah indon, kawan2 jadi tok kadi kawan2 jadi saksi, saudara kandung jadi wali, cukup lah itu syarat nikah koboi taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 2-12-2023 05:41 PM
Imigresen ni pakai sistem window 95 ke sampai xde rekod masuk keluar pelancong? Dah beranak pinak kt ...

Pakai le apps apa pun klu malas buat keja tu tak guna jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
So, hanak yg dah terberanok kat sini tu nak tuntut jadi ummah tanah ayer ni ke konon kat IC tulis Melayu warganegara tapi kat socmed kebangga namampos mengaku leluhur Konoha sambil mengutok ummah Melayu serope acik Kemboja hahhhhh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlambak pati takda permit kerja kat sini dah berpiluh tahun, lepas bebas je. Sekarang rata rata yg ambik maid dr pati pati indon ni. takde siapa pun kena siasat atau ditangkap. Sah immi kita memang makan gaji buta..siap telan rasuah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-12-2023 07:16 PM
Pakai le apps apa pun klu malas buat keja tu tak guna jugak.....

Kannnn......sdgkan negara lain immi diorg begitu tegas, klau tnya dtg sana tujuan apa? nk check hotel apa, nk pg mana? naik apa? tiket balik ada? Klau jwb tergagap2 dan2 tu jg kena halau balik .....yg kt sini plk terbalik xde return tiket malah muntri teruih serang kt epot......bila dh beranak pinak nti ada NGOk  yg bekap anak pati blh masuk U bljr free wpun xde ic
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 2-12-2023 10:04 PM
Berlambak pati takda permit kerja kat sini dah berpiluh tahun, lepas bebas je. Sekarang rata rata yg ...

Lemah nya ...harap tukar semua top management..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitulah pukimaknya pihak berkuasa ni sume
Smpi bleh lak indon stay lebih masa kan
Patutnya kalo x keluar dr msia dlm tempoh tertentu,  buat la sesuatu utk cari mangkuk2 ni smpi depa tinggalkan negara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046328 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list