View: 17788|Reply: 19
|
[Jenayah]
Terkejut Tengok Duit Masuk Lebih RM400 Juta, Akaun Simpanan Wanita Kena Block Dengan Maybank!
[Copy link]
|
|
Gambar terkejut.
Gangguan kepada sistem perbankan atas talian adalah perkara yang biasa berlaku buat semua institusi perbankan di Malaysia.
Ada kalanya, perkhidmatan mereka tidak dapat digunakan buat sementara waktu dan ada juga yang berdepan masalah lebih rumit antaranya akaun bank hanya tertera baki RM0. Confirm ramai yang terkejut pada waktu itu.
Baru-baru ini, satu situasi yang mengejutkan telah berlaku kepada Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah ketika sedang menyemak baki di dalam akaun Maybank miliknya.
Menerusi hantaran dimuat naik di platform LinkedIn, wanita ini meluahkan rasa terkejut apabila melihat baki di dalam akaunnya itu tertera jumlah yang terlampau banyak iaitu RM404,040,404.04.
Menurut Hafidzah, dia tidak menganggap dirinya boleh menjadi jutawan sekelip mata selepas melihat jumlah duit yang begitu banyak dalam akaun bank terbabit.
“Mungkin anda fikir saya menang loteri kan? Tak sebenarnya, ia adalah gangguan yang berlaku,” kata Hafidzah.
Jelasnya lagi, perkara yang berlaku itu membuatkan dia terpaksa melalui satu proses yang agak sukar untuk mendapatkan semula akses kepada akaunnya selepas ia telah disekat oleh Maybank berikutan kemasukan wang dengan jumlah yang banyak itu.
Hafidzah mendakwa dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat dan menghubungi khidmat pelanggan untuk menyahbeku semula akaunnya.
Lebih menimbulkan kemarahannya apabila panggilan yang dilakukannya kepada pekerja yang bertugas di khidmat pelanggan dipindahkan beberapa kali ke cawangan Maybank yang lain bagi menguruskan hal ini.
Menurut wanita ini, gangguan yang berlaku selama tiga hari ketika hari pembayaran gaji adalah bukan satu perkara yang ‘kelakar’.
Perkara ini telah mendapat respon daripada Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad di ruangan komen hantaran tersebut yang meminta pengguna Maybank tersebut untuk menghubungi pihaknya.
Difahamkan, mereka lalu berhubung melalui Direct Message (DM) dan panggilan telefon sebelum Hafidzah kemudiannya memaklumkan bahawa masalah ini telah pun diselesaikan dan akaun bank miliknya juga sudah boleh diakses seperti biasa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
cantik pulak tgk nombor tuuuuu tiberrrr
kalau bank punya masalah pn kita jgk la yg macam apa tah kena pergi kat depa meminta2 utk settlekan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ada undang2 untuk mewajibkan bank bayar compensation bagi kesusahan pelanggan yg timbul dari kesilapan daripada sebelah pihak bank. Paling tidak pun kenakan penalti jadi hasil kerajaan. Baru la bank2 ni lebih bersungguh2 nak pastikan tiada isu glitch yg makan masa lama macam ni. Ini sampai 3 hari apa kejadahnya. Dah la cukup leceh nak dapat bercakap dengan staff bank. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh bahayanya maybank ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah call, kau nak dia call lagi.. kau la patut cari dia, minta maaf dah susahkan dia.. dan staff call centre yang incompetent tu dan staf2 yang duk pass panggilan dia tu bagi tindakan dan suruh dorang minta maaf kat kawan ni.. puih, tu pun tak reti ke |
|
|
|
|
|
|
|
Memalukan maybank...harap wanita ini saman malu bank rimau nihh |
|
|
|
|
|
|
|
pelik pulak kenapa dia guna personal a/c utk byr gaji staf... |
|
|
|
|
|
|
|
Kene viral baru laju ja buat kerje..... Jenuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Geng pemakan riba mmg suka menyusahkan orang..sekalipun salah geng sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat luar negara duit tu jadi hakmilik dia dah
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg menyusahkan..aku sll berdoa jgn jadi pape kat akaun aku..duit masuk bnyk ka, terkurang ka..leceh nak settlekan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bongok jer...num 1, ko hengat online bankinng ni selamat sgt ker...xder ek..kalo online banking ruh gerenti selmaat dh lama dia pengiktarafan dr mdec tuh, dgn bangga tayang status guarantee selamat. Kau orang yg beria nk on9 nih, ko hadaplah glitch tuh
Num 2. Korang hengat customer service tuh ada power banyak mana? Diaorg kena refer manager. Manager kena refer ketia.ketua lena refer hq.hq kena check dgn software provider atau internal IT diaorg. Pas tuh kena verify sana sini lagi pasal amount. Lain kali, simpan duit bawah bantal mcm org dulu
Btw, bank rimau ni mmg makin lama makin hauk |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..terus booking Lamborghini Urus 4.0L |
|
|
|
|
|
|
| |
|