View: 12946|Reply: 5
|
[Tempatan]
Remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing mengaku tidak salah
[Copy link]
|
|
Remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing mengaku tidak salah
Tertuduh (tiga dari kiri) bersama ibu bapanya diiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan cuba merompak pemandu e-hailing, Isnin lalu.
SUNGAI PETANI – Seorang remaja berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba merompak seorang pemandu e-hailing dalam kejadian di Taman Keladi di sini pada Isnin lalu.
Tertuduh yang masih bersekolah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut kertas pertuduhan, anak sulung daripada empat beradik itu didakwa cuba merompak Lee Ang Hie, 65, di tepi jalan Taman Keladi, di sini kira-kira pukul 6 petang, 27 November lalu.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, remaja terbabit yang memakai baju T berwarna merah tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada pukul 8 pagi tadi dan menunggu di dalam kereta milik keluarga di kawasan letak kereta.
Tertuduh hanya keluar dari kereta apabila dijemput seterusnya diiringi anggota polis ke kamar mahkamah sambil ditemani ibu bapanya.
Kosmo! pada 29 November lalu melaporkan polis menahan seorang remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing selepas mendakwa mangsa memakinya dalam kejadian di Taman Keladi. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... alah-cubaan-rompak/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada dia rompak, dia tikam ja. Patutlah dia tak mengaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuka hati nak tikam orang. Tapi majoriti Melayu mudah sentap، kalau kena provoke dengan Cina, Melayu paling kuat tersentap |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat x ngaku salah. Memang tempat ko di Henry Gurney la….. |
|
|
|
|
|
|
|
knp dia bwk pisau, dr situ kite da tau niat dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|