CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15001|Reply: 1

[Dunia] #AbandonBiden. Pemimpin Muslim Amerika ikrar tolak Biden

[Copy link]
Post time 4-12-2023 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Penentangan daripada penduduk Islam dan Arab-Amerika yang besar boleh menimbulkan cabaran kepada prospek Pilihan Raya presiden akan datang. - Gambar fail/AP/Susan Walsh

PEMIMPIN Muslim di beberapa negeri penting berikrar untuk menentang usaha Presiden Joe Biden untuk kembali memimpin Amerika Syarikat kerana sokongannya terhadap Israel di Gaza.

Kempen #AbandonBiden bermula apabila warga Amerika di Minnesota yang beragama Islam menuntut Biden mendesak gencatan senjata menjelang 31 Oktober, dan kempen itu telah sampai ke Michigan, Arizona, Wisconsin, Pennsylvania, dan Florida.

“Kempen #AbandonBiden ini berlatarbelakangkan pilihan raya presiden 2024 yang akan datang dan keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Presiden Biden kerana keengganannya untuk mendesak gencatan senjata dan melindungi mereka yang tidak bersalah di Palestin dan Israel,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.


Penentangan daripada penduduk Islam dan Arab-Amerika yang besar boleh menimbulkan cabaran kepada prospek Pilihan Raya presiden akan datang.

“Kami tidak mempunyai dua pilihan. Kami mempunyai banyak pilihan,” Jaylani Hussein, pengarah bahagian Minnesota’s Council on American-Islamic Relations (CAIR), berkata pada sidang akhbar di Michigan.

Politik AS dikuasai oleh dua parti iaitu Demokrat dan Republikan, tetapi calon bebas juga boleh bertanding untuk presiden.

Bekas profesor Harvard dan ahli falsafah terkemuka Cornel West, yang bertanding sebagai calon bebas, telah menggesa gencatan senjata di Gaza dan mengutuk pendudukan Israel di Palestin.

Jill Stein, yang bertanding menerusi platform Green Party, juga telah menggesa gencatan senjata di Gaza.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 3-12-2023 03:44 PM

Sokong siapa pun president amerika ketika perang palestine-israel depa tetap pro israel... US ada veto di security council... But mahu henti kan perang 100% kepada gaza ber gantung kepada israel... Ada beberapa academicians di US pro hamas dalam politic yang resign  ada yang di gantung..rasa nya majority ereb or persian...isu perang kali ini bukan guna real politic tetapi ideology and sentiment... Guna golden ticket humanity..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041436 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list