CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27692|Reply: 18

[Tempatan] Kau sekolah ke tak? Terpaut hati dengan duda tapi check dulu sebelum kahwin

[Copy link]
Post time 4-12-2023 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nurdianah at 5-12-2023 11:48 AM

Benarlah kata orang bahawa percintaan dengan seseorang itu hadir tanpa kita duga. Malah, status orang yang dikenali khususnya untuk golongan wanita yang mengenali lelaki adalah sangat penting supaya tidak tersalah pilih. Tetapi, adakah anda yang mengenali dan bakal kahwin dengan duda dikategorikan sebagai ‘tersalah pilih’?

Berikut merupakan perkongsian dari seorang peguam syarie di laman Tiktoknya @peguamsyarienaim menjelaskan terdapat beberapa kriteria yang perlu diselidik terlebih dahulu sebelum anda melanjutkan hubungan dengan lelaki berstatus duda. Jaga-jaga..

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu semak terlebih dahulu:


1) Ambil tahu sejarah penceraian
Sekiranya si dia adalah duda yang berpisah dengan bekas isteri, perlu ambil tahu beberapa perkara. Sekiranya penceraian mereka secara fasakh, besar kemungkinan terdapat isu gagal memberi nafkah, pernah memukul pasangan atau berlaku curang.

2) Berapa orang tanggungan
Ambil tahu juga berapa bilangan anak dan bagaimana si dia menafkahi tanggungannya sebelum ini. Jika nafkah anak-anaknya tidak ditanggung, apa pula jaminan nafkah anda sebagai bakal isteri dan anak yang bakal lahir kelak?

3) Penyelesaian harta sepencarian
Ini juga salah satu perkara yang perlu anda ambil tahu. Adakah si dia mempunyai harta sepencarian yang belum diselesaikan dengan bekas isteri? Bukan apa, bimbang anda fikir si dia akan menyediakan rumah, namun rupa-rupanya rumah tersebut bakal dijual kerana ia adalah harta sepencarian dengan bekas isterinya

4) Tuntutan bekas isteri
Kena ambil tahu juga adakah bekas isterinya membuat tuntutan mutaah, nafkah idah dan nafkah tertunggak. Jika belum, besar kemungkinan semua itu akan dituntut oleh bekas isteri jika berhak. Oleh itu sebagai bekas isteri, anda perlu bersedia menerimanya jika ini berlaku

5) Sejarah perkahwinan si dia
Benar, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi penting juga untuk anda sebagai bakal isteri mengambil tahu sejarah perkahwinan si dia. Antaranya, sudah berapa kali si dia berkahwin? Kalau si dia pertama kali bercerai, berkemungkinan tidak perlu dibimbangkan sangat. Tapi jika anda sendiri adalahperkahwinannya yang ketiga atau keempat, wajarlah ambil tahu sebab-sebab penceraiannya sebelum ini. Risau juga berjumpa dengan lelaki yang sebenarnya bermasalah.

Tidak salah malah tidak rugi pun untuk mengambil tahu perkara-perkara di atas sebelum menyesal kemudian hari. Sudah pastilah sebagai wanita, kita mahukan perkahwinan yang dibina nanti aman bahagia dan hanya sekali seumur hidup. Pendek kata, tepuk dada tanyalah selera.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 09:13 AM | Show all posts
perempuan yg baik tidak akan melihat sejarah lama pasangannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:16 AM | Show all posts
nabi memang kawin janda, sesape nak berpoligami, kena cari janda
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:39 AM | Show all posts
kira jumlah hutang duda tuhhhhh dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:53 AM | Show all posts
Janda-janda pun harus juga disemak sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:55 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 5-12-2023 09:53 AM
Janda-janda pun harus juga disemak sekali..

janda ni kalau boleh jgn cari anak ramai...sebab bawah dah loose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 11:42 AM | Show all posts
Duda berhias hilang ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:13 PM | Show all posts
Duda mati bini anak ramai pun kena pangkah juga kalau tak bersedia nak jadi mummy segera ye.

Silap2 kau jadi pengasuh & bibik untuk anak2 dia aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 02:07 PM | Show all posts
mohon @dudaberhias beri sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 5-12-2023 12:13 PM
Duda mati bini anak ramai pun kena pangkah juga kalau tak bersedia nak jadi mummy segera ye.

Silap ...

Kan...tak pasal2 kena jd bibik....Baik cari duda yg anak2 dah kerja, ada life sendiri dan duda tu kaya raya...tak perlu nak branak sbb duda tu dah pnh ada anak, jd the choice utk ada anak di tgn kita.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:46 AM | Show all posts
ifanonline replied at 5-12-2023 09:55 AM
janda ni kalau boleh jgn cari anak ramai...sebab bawah dah loose

Bukan itu aje, pastikan tiada rekod buruk termasuk curang dengan suami. Itu antara yang terpenting..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 6-12-2023 09:46 AM
Bukan itu aje, pastikan tiada rekod buruk termasuk curang dengan suami. Itu antara yang terpenting ...

yezza btl tu..kena check knapa dia cerai. kang benda yg sama dia buat kt laki baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya lg kalo terkahwin jantan yg nampak straight merit tp rupanya gayah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-12-2023 09:55 AM
janda ni kalau boleh jgn cari anak ramai...sebab bawah dah loose

Moga ipan kawen janda anak 8 bwh tu mcm angka lapan jugak ada 2 lobang loose
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:16 AM | Show all posts
rospinki replied at 6-12-2023 10:37 AM
Moga ipan kawen janda anak 8 bwh tu mcm angka lapan jugak ada 2 lobang loose

mcm lubang rospinki je angka 8 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 04:36 PM | Show all posts
karipap_sadin replied at 6-12-2023 09:55 AM
yezza btl tu..kena check knapa dia cerai. kang benda yg sama dia buat kt laki baru

Kalau setakat balu dan encik balu (lelaki kematian isteri) tidak mengapa..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 6-12-2023 04:36 PM
Kalau setakat balu dan encik balu (lelaki kematian isteri) tidak mengapa..

yes setuju..ni yg kawin cerai byk kali.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 6-12-2023 04:36 PM
Kalau setakat balu dan encik balu (lelaki kematian isteri) tidak mengapa..

Hat yg ramai sgt kematian bini pun iols musykil.. mana tau pembunuh bersiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list