CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9685|Reply: 4

Syaiful dan Sharif...Pelawak diangkat juara FD3

[Copy link]
Post time 5-12-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak diangkat juara FD3


Syaiful dan Sharif tampil sketsa mencuit hati hingga menerima ‘standing ovation’ penonton dan juri. - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Ramai sudah menjangkakan Syaiful dan Sharif mampu menjuarai musim ketiga program realiti, Famili Duo musim ketiga (FD3) yang melabuhkan tirainya malam kelmarin.

Namun, pelawak dua beradik itu enggan mendabik dada atau mengambil pendekatan 'sambil lewa' setiap kali membuat membuat persembahan.

Sebaliknya, pasangan adik-beradik yang dikenali dengan Kumpulan Zero itu sering memberikan 100 peratus usaha pada setiap minggu termasuk FD3 pentas akhir disiarkan secara langsung dari Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, malam kelmarin.

Hasil kerja keras ditampilkan sejak minggu pertama berlangsung iaitu pada 15 Oktober lalu, Syaiful dan Sharif berjaya menambat hati penonton dan juri dengan konsep persembahan nyanyian yang turut disulam dengan sketsa mencuit hati.

Sharif berkata, kemenangan diraih adalah satu sejarah yang tidak boleh dilupakan sepanjang terbabit dalam industri hiburan tanah air.

"Kami sebenarnya tak jangka dapat memenangi FD3 sebab ketika raptai dapat lihat bagaimana kesungguhan pasangan lain. Tapi, dalam fikiran kami mahu berseronok dan hiburkan penonton sahaja.

"Apa yang penting, persembahan kami pada final dapat diterima ramai.

"Dengan kemenangan ini saya boleh katakan ia sebagai sejarah dalam hidup. Sebab sebelum ini kami hanya terbabit dalam program realiti komedi.

"Saya bersyukur sebab penyertaan kami dalam program masih boleh diterima ramai.

"Semasa membuat persembahan saya terharu dan menangis sebab nampak penghargaan diberikan kepada kami," katanya pada sidang media selepas berakhir FD3 akhir, kelmarin.

Terdahulu, Syaiful dan Sharif menepati ramalan apabila diumum juara FD3, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Bertemakan berkumpulan/duet popular, segmen pertama menyaksikan Syaiful dan Sharif yang sebelum ini diumum duo keenam bersaing di pentas FD3 menyampaikan lagu Kong Kali Kong dipopularkan Floor88 dan Namie.

Untuk segmen kedua bertema bebas, mereka menyanyikan secara medley lagu Lemak Manis dendangan Roslan Madun, Umpan Jinak Di Air Tenang (Allahyarham Ahmad Jais) dan Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay).


Pasangan sepupu, Haqiem dan Ariff mendapat tempat ketiga. - NSTP/Asyraf Hamzah


Menerusi persembahan segmen kedua, pasangan adik-beradik turut menampilkan adik, Atu bersama barisan pelawak lain iaitu Fad, Danial Zaini serta Namie.

Mereka mempersembahkan sketsa dan konsep persembahan mencuit hati hingga menerima 'standing ovation' daripada penonton serta juri.

Pada masa sama, Sharif berkata, mereka tidak menanamkan dalam fikiran untuk mengalahkan peserta lain, sebaliknya hanya mahu tampil dengan persembahan menghiburkan, setiap minggu.

"Tiada istilah mengalah dengan peserta lain sebab tahu mereka adalah penyanyi hebat, tapi kami mungkin dapat menambat hati penonton dan pengundi.

"Tapi kalau hendak cakap kami mahu kalahkan mereka dalam nyanyian memang tak sebab 'level' sangat jauh.

"Sejak terima tawaran untuk FD3 ini kami memang tanamkan dalam fikiran untuk menghibur penonton sahaja. Tapi tak tahu pula setiap minggu kami boleh berikan persembahan baik dan menang Duo Terbaik tiga kali.

"Jadi, untuk persembahan pada pentas akhir ini memang agak tertekan sebab kami perlu berikan lebih baik," katanya.

Sementara itu, juri tetap, Mas Idayu menyifatkan kemenangan diraih pasangan adik-beradik berasal dari Kudat, Sabah itu wajar diberikan selepas melihat kriteria penghibur yang ada dalam diri.

"Saya sebenarnya sudah boleh teka mereka mampu memberikan persembahan terbaik bergelar juara. Ketika buat persembahan saya sudah boleh teka bagaimana hasilnya.

"Mereka bukan penyanyi, tapi berani masuk dalam FD3 ini. Pada awalnya memang tak jangka hasilnya akan jadi begini.

"Mereka adalah penghibur. Untuk cari penghibur atau penyanyi, perkara berbeza kerana kami memang mahukan penghibur," katanya.

Yang turut bersaing pada pentas akhir FD3 adalah pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta dua beradik, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi.

Pasangan lain menyertai program realiti berkonsepkan kekeluargaan terbitan TV3 itu adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik); Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) serta Ryan Bakery dan Adam Bakeri (adik-beradik).

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -diangkat-juara-fd3

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
so yg naib juara ngan ketiga dpt hadiah berapa puluh ribu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 05:16 PM | Show all posts
Edited by bambimo at 5-12-2023 05:20 PM

jauh betul dr jangkaan aku..awal2 dulu aku ingt no 1 sheila hamzah, no. 2 Haqiem Rusli, aku ingt epa ni buat cukup kuota penyertaan
tapi tiap minggu plak makin menghiburkan mmg memorable la persembahan diorngdh rezeki syaiful dan sharif tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 05:32 PM | Show all posts
Laa dah ada jore rupanya. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 05:38 PM | Show all posts
Sharif, Syaiful juara Famili Duo 3
[color=var(--summary-text-color)]By Alif Fadli Bin Mohd Sori
[color=var(--summary-text-color)]2 min. read



SHAH ALAM: Selepas lapan minggu berjuang, pasangan adik-beradik, Sharif dan Syaiful Zero menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim ketiga, malam tadi.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 pada kemuncak pertandingan realiti tersebut. Membawakan lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Floor 88, duo tersebut berjaya memukau juri dan penonton, sekali gus mengetepikan persaingan dua pasangan lain untuk muncul juara.

Menerusi persembahan bertemakan berkumpulan atau duet popular, pasangan beradik asal itu mendapat pujian daripada kedua-dua juri, Mas Idayu dan Ajai.  

Jelas Mas Idayu, duo beradik itu bijak menggunakan pentas dan memilih lagu serta menunjukkan komitmen yang cukup tinggi sehingga berjaya bergelar juara. Pasangan beradik asal Sabah itu mendapat standing ovation daripada kedua-dua juri menerusi medley lagu Angan Tak sudah, Lemak Manis dan Umpan Jinak Di Air Tenang.

Sementara itu, dua lagi duo yang bertanding merebut kejuaraan pulang hampa tanpa diumumkan kedudukan mereka dalam pertandingan tersebut.

Cemerlang di tempat kedua, duo beradik, Adira dan Emma Suhaimi yang mempertaruhkan lagu Pelesit Kota (nyanyian asal Search) bagi tema bebas mendapat kritikan juri kerana kurang menonjolkan identiti dan kemampuan sebenar.

Mereka yang mendapat standing ovation daripada juri bagi pusingan pertama turut mempersembahan lagu Bang Bang (nyanyian asal Ariana Grande, Jessie J dan Nicky Minaj) bertemakan Kumpulan dan Duet Popular.

Manakala, duo sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan persembahan Beribu Sesalan (nyanyian asal Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) bagi tema Kumpulan dan Duet Popular.

Manakala bagi pusingan kedua bertemakan bebas, mereka cemerlang dengan pilihan lagu Ada Gajah Di Balik Batu (nyanyian asal Wali).

Selain tiga pasangan ini, Famili Duo musim ketiga sebelum ini turut disertai pasangan adik-beradik, Shila Amzah dan Syahir, pasangan suami isteri, Tom dan Fuad dan pempengaruh dua beradik, Ryan dan Adam Bakery.

Famili Duo musim ketiga ini menampilkan Janna Nick dan Izzue Islam sebagai pengacara.-UTUSAN



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.268302 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list