CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5482|Reply: 14

[Tempatan] Penghuni PPR tinggal dalam keadaan bersesak dengan maksimum 8 hingga 10 penghuni bagi sebuah rumah tiga bilik.Suka atau terpaksa?Bincangkan(13 markah)

[Copy link]
Post time 5-12-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Ruang tamu di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan sahaja digunakan sebagai tempat makan sambil menonton televisyen, malah turut dijadikan tempat tidur untuk anak-anak kecil sehingga dewasa. Situasi itu diakui sendiri oleh Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd. Zain menerusi hasil tinjauannya di PPR Taman Manggis termasuk di Flat 100, ­Jalan Sungai, di sini. Katanya, dianggarkan lebih 10 keluarga ditemuinya tinggal dalam keadaan bersesak dengan maksimum 8 hingga 10 penghuni bagi sebuah rumah yang menempatkan tiga bilik

www.kosmo.com.my/2023/12/02/daripada-nenek-sampai-anak-cucu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham. Ppr ni bukan ke bila apply nanyi dia akan check kelayakkan etc. Camne boleh sampai 10 org duduk.  Taulah sewa murah gila tapi should check jugalah sbb dah jadi social problem, fire hazard etc.  I pernah pergi rumah colleage tapi dia flat dbkl keramat (sekarang x tak de sbb buat lrt tu), tak silap 6 org jugalah tapi mcm ok. All the girls satu bilik ie bilik paling besar, yg anak lelaki sorang dpt bilik kecil parent satu bilik. Kemas and teratur mungkin sebab minimal furniture cuma tu lah bilik air satu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la suka duduk bsesak² gitu.
Aku 5branak sewa low cost flat 3 bilik pon rasa sesak.
Jln 5 6 tapak dh tawaf 1 rumah.
Imagine duduk sampai 3generasi dlm umah saiz mcm tu.
Yet depa pilih nk bsesak walau ramai yg mampu pindah dok lain.
So?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:44 PM | Show all posts
mak bapak..anak menantu..cucu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
antara sebab dah biasa kat situ.. semua dekat.. mmg tamau pindah.. kalau pindah pun nak jgk duk kat situ... macam kazen iols lahir keramat, sekolah keramat, beranak pun kat keramat.. punyala sayang keramat.. binik ajak pindah pun tamau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ofkos la tak de pilihan. Sape nk duduk bersesak gitu. Pas tu anak dah kawin pun dok sekali. Baca je la kisah2 ni on socmed bila ada nk mintak bantuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti ppr2 ni lokasinye strategik. Dkt kwsn bandar, dkt ngn public transport, kedai2. So anak2 yg dh besar reluctant nk pindah kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 5-12-2023 10:18 PM
Majoriti ppr2 ni lokasinye strategik. Dkt kwsn bandar, dkt ngn public transport, kedai2. So anak2 yg ...

Flat/PPR lama banyak yang dekat dgn LRT, walking distance. Flat DBKL Cheras, flat Sri Kota BTR, flat Penara BSP. Area ni pulak crowded giler sebab lokasi strategik. Sekarang ni tengok macam banyak condo dekat dgn stesen MRT/LRT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah kat kotaraya bandaraya ni mahal namampos!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bersesak sampai 10 orang tu biasanya keluarga yang multiple generation. Dah kahwin dan ada anak pun masih tinggal dengan mak bapak. Mungkin sebab kewangan atau nak jaga parents sakit.Orang local tak akan menyewa seramai tu. Foreigner tu lain cerita la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang susah..bila ramai sgt isi dalam rumah. Wujudnya masalah sosial. Anak2 lebih suka lepak kat luar berpeleseran dengan kawan2. Ni budak2 flat la ramai cmni. Habis duduk rumah pun sempit, panas, blik takda..nak tidur pun tak selesa bila kena bentang Toto kat ruang tamu je. Master bedroom aku lagi besar dari ruang tamu rumah cmni..kesian kat anak2 membesar la.
Anak2 yang dah habis sekolah kena keluar Dr circle tu..sewalah tempat lain. Berdikari
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesa ke duduk ramai2 sampai bergenerasi ddk serumah. Mana bercampur aduk ipar duai semua. Bilik 3 but knowing rumah ppr mesti saiz kecik je. Sepatutnya yg dh berumah tangga tu boleh cuba duduk sendiri atau apply rumah ppr lain. Kawan aku ada je stay kt ppr mak duduk tingkat lain anak duduk tingkat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:41 AM | Show all posts
Kekangan kewangan la tu... Kalau mampu, dah tentu tak duduk seramai itu dlm rumah sempit.  Dgn cost of living tinggi sekarang, derang tahan ja la ketidakselesaan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:31 AM | Show all posts
pernah pergi rumah kawan weols flat kat pantai dalam, berhadapan pantai hill park. sekarang flat ni dah tak ada lagi. 5 tingkat, 1 rumah cuma ada 1 bilik, sheols membesar kat situ 9 beradik. bila masing-masing dah kerja, seorang demi seorang keluar dari rumah, tinggal la adik bongsu sheols jaa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:38 AM | Show all posts
Terpaksa chuols duduk bersesak-sesak macam tu, hidup kat kl ni keras.. Kalau tak sape nak duduk macam tu, baik cari tempat yg lagi selesa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.152952 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list