CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4717|Reply: 5

Biar Tak Kaya Asal Halal, Idzham Ismail Tolak Tawaran Lumayan Promosi Judi

[Copy link]
Post time 6-12-2023 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Idzham Ismail mendedahkan dia pernah menerima tawaran mempromosikan judi atas talian dengan bayaran lumayan.


Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, berkata, jumlah yang ditawarkan turut membuatkan dia tertarik dengannya.


Foto: IG




"Mereka tawarkan pada saya banyak kali dengan jumlah yang besar dan sangat menggoda," katanya di Instastory.


Namun Idzham tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah yang diterimanya dalam hantaran tersebut.










Menerusi hantaran itu juga, Idzham turut berkongsi keratan portal bertajuk Kemain tunjuk lifesyle macam T20, rupanya... - Individu dedah ramai Instapemes promosi judi online.


Dalam pada itu, Idzham berkata, walaupun tawaran dibuat cukup membuatkan dia rambang mata namun menolaknya kerana ia melanggar prinsip dan hukum ditetapkan dalam Islam.




  



"Tapi saya tolak untuk buat... Biarlah tak dapat kaya asalkan rezeki halal.


"Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab. Tak nak menjawab dekat akhirat nanti," katanya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 09:21 AM | Show all posts
TAPI ------ WHOOOOO AREEEE YUSSSSSSS??? Hahahaha suka delusi ye dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:58 AM | Show all posts
macam budak2 gaya explanation beliau. nak mengadu utk dptkan attention?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:52 AM | Show all posts
Heols ni bemimpi ke aper? Bebual macam la heols pelakon melayu terakhir & yg terpemes gituh.

Level delulu heols sama ngan level cik jeri, johan, pekin ngan gf/tunangan halusinasi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak kes nurin tu keluar dekat x..ramai tiktokers keluar video acah2 macam pernah dioffer jugak kan..
walhah sebelum ni ko taknak plak spread isu judi tu..
dah la yang buat video semua jenis tiktokers yang sendu-senduan je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
asal tetiber naik psl isu ni eh
byk nau kat TT psl ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.286662 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list