View: 6698|Reply: 2
|
[Dunia]
Pegawai Thai dipecat, AS$60 juta ditemui dalam akaun bank peribadi
[Copy link]
|
|
Pegawai Thai dipecat, AS$60 juta ditemui dalam akaun bank peribadi
Gambar hiasan
BANGKOK: Empat pegawai Thailand dipecat selepas pihak berkuasa menemui lebih dua bilion baht (AS$57 juta/RM266.08 juta) dalam akaun bank mereka.
Kira-kira AS$57 juta itu ditemui dalam beberapa akaun yang milik tiga wanita dan seorang lelaki yang bekerja di Jabatan Hasil di wilayah Samut Prakhan berhampiran ibu kota Bangkok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara dan meminta supaya Mahkamah Jenayah Rasuah melakukan siasatan.
Penolong Setiausaha Agung dan Timbalan Jurucakap NACC, Sornchai Chuwichian, berkata keempat-empat mereka memiliki kekayaan luar biasa.
Kesemua aset tersenarai mereka termasuk deposit bank tidak sepadan dengan pendapatan kerajaan.
"Tiada siapa yang dapat menjelaskan sumber wang itu," katanya.
Lelaki itu, Danai Damrongchaiyothin, mempunyai 1.1 bilion baht (AS$31 juta/RM144.71 juta) dalam tujuh akaun, manakala salah seorang wanita itu memiliki lebih daripada 500 juta baht (AS$14 juta/RM65.35 juta) dalam lima akaun.
Gaji permulaan untuk pegawai hasil adalah kurang daripada AS$450 (RM2,100) sebulan.
Menurut kenyataan NACC, keempat-empat mereka dipecat daripada jawatan kerajaan mereka, Ia bagaimanapun tidak menyebut sama ada mereka sudah didakwa atau ditangkap. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... akaun-bank-peribadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sini pun ado..
Jana Wibawa |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit sangat tuu..
Cuba tengok berapa yg Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dakwa Anwar sakau.... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|