Banjir kilat: Mangsa pecah pintu, kopak bumbung untuk selamatkan diri
Diterbitkan: Dec 6, 2023 7:58 PM
Beberapa penduduk di Jalan Mas, Taman Kolam Air, di Johor Bahru menempuh detik cemas apabila terpaksa memecahkan pintu dan bumbung rumah untuk menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat petang tadi.
Mangsa, Muhammad Ikram Md Rashid, 24, berkata dia menyedari dirinya terperangkap selepas terdengar bunyi hentakan kuat pada pintu depan rumahnya.
"Ketika itu saya sedang berbaring sebelum terdengar bunyi seperti hentakan di pintu. Bila saya jenguk ke luar tingkap, rupanya air sudah naik hingga ke paras dada.
"Saya terus jerit minta tolong kerana kami yang berada dalam rumah tak dapat keluar sebab air di luar dah tinggi. Selepas 20 minit, baru ada jiran bantu kopakkan pintu," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Dia yang bekerja di Singapura dan kebetulan tidak bekerja hari ini, berjaya keluar dengan sehelai sepinggang.
Sementara itu, Joshua Abraham, 29, yang menyewa di kawasan itu berkata dia dan rakan-rakannya terpaksa mengopak bumbung rumah untuk mengeluarkan seorang daripada rakan mereka.
"Semua terkejut bila dengar jeritan. Saya tak dapat nak bawa apa-apa, baju pun tak pakai. Saya risaukan pasport sebab saya kerja di Singapura, tapi hari ini tak kerja," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Dia juga tidak sempat menyelamatkan motor dan kereta miliknya kerana air naik terlalu cepat.
Seorang peniaga, P Kili , 50, bimbang selepas dua kali dilanda banjir kilat dengan banjir kali ini lebih buruk.
Dia yang berniaga kedai makan, kedai dobi dan kedai barangan kahwin berkata kesemua barangan dan perkakas di ketiga-tiga kedai tersebut rosak teruk.
"Tujuh mesin basuh dan dua peti sejuk ditenggelami air. Saya tak sempat berniaga hari ini, semuanya sudah rosak.
"Kali pertama banjir pada tahun lepas tetapi cuma paras lutut, itupun sudah rugi ribuan ringgit. Tak tahulah bagaimana kali ini," katanya dalam nada sedih.
Hujan lebat berterusan selama dua jam di bandar raya ini sejak tengah hari tadi mengakibatkan kira-kira 25 lokasi dilanda banjir kilat.
orang meniaga ni takde amik insurance ke untuk cover bencana..
i walaupun duduk area yang tau takde banjir, still add on special perils..
mahal pun tak apa janji hati tak risau..
ahahaaa bodohhnyaaa walaunn...org dok sembang knp jb banjir tapi singapo kat seberang tu tak banjir tup2 gi tepek psl banjir kat penangtakde kena mngena lgsg.Lollll
Post time 7-12-2023 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 03:57 PM
ahahaaa bodohhnyaaa walaunn...org dok sembang psl knp jb banjir tapi singapo kat seberang tu tak ban ...
Dah kau Singapore tak pernah banjir (fakta ni pun kelaut, bodo oii ) sebab pentadbiran negara mereka cekap dan tak rasuah, maka orang bijak macam aku guna kesimpulan bangang kau tu dengan membandingkan dengan Penang pulak yg selalu jugak banjir... Bernaksud ko setuju la Penang banjir sebab pentadbiran DAP di Penang tak cekap dan ada rasuah.
Sepatutnya aku tak payah citer panjang lebar camni kalau ko tak bodo sangat
Post time 7-12-2023 04:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 04:20 PM
oii walaun..drpd ko tunjuk bodoh kat sini baik ko jawab dulu knp jb banjir tapi singapo tak??
Hak elah bodonya ko rasa pelik JB banjir tapi Spore tak banjir hahahhaha lain kali kat sekolah belajar sains & geografi tu baik2... Supaya takde la mudah kehairanan kenapa tempat A banjjr tapi tempat B kat sebelah elok je kering. Pastu perasan bijak terus buat kesimpulan puncanya sebab rasuah tak rasuah
Wei mangkok.... Rumah member aku 2 KM je dari rumah aku.... Tapi biasa je rumah dia hujan lebat tapi rumah aku elok je tak hujan.
Post time 7-12-2023 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 04:28 PM
ko tu yg bengap gografi..org dok sembang banjir kat jb (selatan)tup2 gi melalak psl banjir kat Pen ...
Kahkahkahkah aku dah agak level IQ rendah macam ko ni tak boleh sembang guna logik deduktif, logik induktif sel otak tak mampu nak hubung.
Dah la statement ko Singapore tak pernah banjir tu pun dah cukup reveal setakat mana tahap pengetahuan & akal ko hahahha
Ok la since orang bijak pandai nasihat tak payah buang masa berbahas dengan orang bodo, maka aku rest my case setakat sini je la.. Dipersilakan meneruskan kebodohan