CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6684|Reply: 0

[Tempatan] Kutipan tol masih hak mutlak syarikat konsesi, kata menteri

[Copy link]
Post time 7-12-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Kutipan tol masih hak mutlak syarikat konsesi, kata menteri

https://www.freemalaysiatoday.co ... nsesi-kata-menteri/

FMT Reporters - 07 Dec 2023, 10:42am


Bawah sistem MLFF semua aliran keluar dan masuk di lebuh raya akan ditukar kepada laluan bebas halangan bagi mengurangkan kesesakan, selain menyuraikan laluan trafik.

Sebanyak 32 syarikat konsesi lebuh raya dilaporkan membantah tindakan kerajaan menganugerahkan secara langsung projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) kepada syarikat swasta.

PETALING JAYA: Syarikat konsesi lebuh raya masih memegang hak mutlak untuk mengutip tol seperti dalam perjanjian konsesi yang masih berkuat kuasa, jelas Alexander Nanta Linggi di sebalik laporan bantahan kumpulan syarikat konsesi berkait projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Menteri kerja raya berkata, kementerian bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang meneliti semua aspek melibatkan pelaksanaan MLFF seperti dirancang kerajaan terdahulu, bermula pada 2021.

“Tidak dinafikan bahawa kerajaan terdahulu telah mendapat kelulusan secara prinsip dalam pelaksanaan MLFF.

“Bagaimanapun, kelulusan ini hanyalah untuk memberi ruang kepada proses rundingan dijalankan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan MLFF ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 5 Dis, FMT melaporkan sebanyak 32 syarikat konsesi lebuh raya membantah tindakan kerajaan menganugerahkan secara langsung projek MLFF kepada syarikat swasta bagi semua lebuh raya di negara ini.

Di bawah sistem MLFF, semua aliran keluar dan masuk di lebuh raya akan ditukar kepada laluan bebas halangan bagi mengurangkan kesesakan, selain menyuraikan laluan trafik.

Menurut sumber, kerajaan menandatangani “perjanjian pelantikan” bersama syarikat berkaitan YTL Corporation Bhd pada 17 Nov, bagi penganugerahan projek RM3.46 bilion tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang akhirnya akan menanggung kos itu.

Katanya, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya (PSKLM) telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Kerja Raya, mendakwa langkah itu melanggar perjanjian individu dengan kerajaan.

Persatuan itu dilaporkan mendapatkan nasihat perundangan berkait perkara tersebut, memandangkan kerajaan menawarkan 20 tahun konsesi kepada KJS-SEP Synergy (M) Sdn Bhd.

Pada 20 Mac, Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad di Dewan Rakyat berkata kajian MLFF akan dilaksanakan pada 2024 sebelum penggunaan sepenuhnya dijangka dapat dikuatkuasakan setahun selepas itu.

Mengulas lanjut, Nanta berkata meskipun perancangan dan proses kelulusan awal bermula sejak 2021, beliau sedar penelitian dan tindakan penambahbaikan perlu dilakukan khususnya melibatkan aspek perundangan bagi memastikan kelancaran projek berkenaan.

“Saya dan pasukan kementerian sedang berusaha untuk memastikan kelancaran inisiatif MLFF ini supaya ia dapat menepati objektif yang diharapkan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list