CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25754|Reply: 0

[Tempatan] Bilik VIP tidak wujud - tegas Saifuddin

[Copy link]
Post time 7-12-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saifuddin menegaskan, dakwaan kewujudan bilik sedemikian adalah tidak benar sama sekali. - Gambar hiasan

TANJUNG MALIM: Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Su­ngai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menegaskan, dakwaan kewujudan bilik sedemikian adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, selepas setahun menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan melawat sebahagian besar penjara di negara ini, beliau tidak pernah menemui ruang VIP untuk mana-mana penghuni.


"Biasalah orang yang buat dakwaan, tapi perlu sertakan bukti. Kalau setakat dia tulis dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi Jabatan Penjara, kita tolak keras.
"Saya sendiri mengikuti setiap perjalanan dalam pentadbiran dan pengurusan sistem penjara, masuk sendiri pun ada, saya tengok...tiada ruang-ruang layanan VIP atau ruang VIP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Stesen Par Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Pejabat Rela Daerah Muallim di Slim River, pada Khamis.

Baru-baru ini, Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada bilik untuk menempatkan banduan VIP di Penjara Su­ngai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara.
Penafian itu dibuat selepas seorang bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai ‘Abang Mat’ mengulas mengenai keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 2015.

Jabatan itu memaklumkan, pihaknya sudah meneliti wawancara dengan individu terbabit yang disiarkan menerusi rakaman video berdurasi satu jam 20 minit dimuat naik di sebuah akaun YouTube pada 3 Disember lalu.

Menurut jabatan itu, Anwar sebenarnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan kerana isu kesihatan.

Semua banduan di klinik penjara disediakan katil demi kepentingan kesihatan mereka yang dinyatakan dalam Peraturan 234 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Saifuddin menafikan pernah menyebut bahawa fasih bahasa Melayu merupakan syarat untuk mendapatkan pasport.

Menurutnya, beliau bukanlah terlalu naif sehingga tidak tahu mengenai fakta asas seperti itu.

Katanya, setakat ini tidak ada permohonan mendapatkan pasport yang ditolak kerana tidak fasih bahasa Melayu.
Pada Rabu, Lawyers for Liberty membidas Saifuddion kerana membela seorang pegawai imigresen, yang dikatakan memarahi seorang wanita dan anak perempuannya di Johor kerana tidak fasih dalam bahasa Melayu.

Pengarah pertubuhan itu, Zaid Malek berkata, tiada keperluan bagi warganegara Malaysia yang secara rutin memohon pasport untuk menunjukkan kecekapan dalam berbahasa Melayu.

*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list