CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25936|Reply: 11

[Dunia] Kisah silam, hutang, cerai suami baharu BCL, Tiko dibongkar

[Copy link]
Post time 7-12-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KISAH silam Tiko kini jadi bahan debat peminat Bunga Citra Lestari.

SAAT bersedia hidup bersama selebriti popular bernama Bunga Citra Lestari, ketika itulah Tiko Aryawardhana harus sedar bahawa segenap inci kisah silam mahupun apa sahaja yang dirancangnya akan diselongkar peminat.

Kini, satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.


Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.


Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termausk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalut ya netizen.
Yg kawen jantan taguna bcl, bukan depa.
Duit kenduri pn bukan wat crowd funding.
Dia xmau nikah nk selingkuh aja pon netizen xsenang duduk jugak.
Esok² kalo mnyesal serai la depa b2 tu.
Xganggu kehidupan netizen lgsung lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai netizen Indon yg dengki la tuw...suka hati BCL la duit dia,  hidup dia, tak sentuh hidup indon bongos semua ni pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
"U Msia orng duduk diam2..ini Indonesia punya hal...hokey"-Indon
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkn la bcl xtau sejarah tiko
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:11 PM | Show all posts
asal jantan je ada masaalah

tapi nasib baiklah jantan ni sbb terung masih keras

jika tidak tiada value
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiko ni kadang2 hensem kadang2 tak. Tapi arwah Ashraf dulu sentiasa hensem
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 7-12-2023 09:38 PM
Tiko ni kadang2 hensem kadang2 tak. Tapi arwah Ashraf dulu sentiasa hensem

Arwah  Sinclair dulu pun bukan  dr golongan  berada  , tumbang harta bini je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak BCL la kalau dia nak bela biawak
Takde kesan pada hidup kita pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 7-12-2023 01:05 PM
Ramai netizen Indon yg dengki la tuw...suka hati BCL la duit dia,  hidup dia, tak sentuh hidup indon ...

netizen indon sejenis hardcore
diorang mcm xleh terima si BCL ni kawin lain
sbb diorang masih dalam bayang2 sweet kapel dengan arwah

pernah ada satu couple dalam sinetron ni
yang si jantan dah kawin
gigih ship couple sinetron tu
sampai isteri sah kena carutan dengan netizen indon

hidup dalam delulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biase2 je muka laki dia yang baru ni.
Mcm rendah je
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Emosi nampaknye warga konoha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054017 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list