View: 4772|Reply: 14
|
Ella Hantar ‘Voice Note’ Minta Saya Kuat – Kaka Azraff
[Copy link]
|
|
DIA ada hantar ‘voice note’ pada saya sebelum sidang media ini, minta saya terus kuat”.
Itu antara mesej diterima penyanyi Kaka Azraff daripada ibu saudaranya yang juga Ratu Rock Ella susulan kontroversi kontrak rakaman ditamatkan akibat lantang menyuarakan konflik Palestin-Israel.
Pemilik nama sebenar Noor Atiqa Noor Azraff itu berkata, antara pesanan Ella padanya agar jangan takut berhadapan isu bersama label dinaungi yang mencetuskan polemik dalam kalangan netizen.
“Sebenarnya saya terharu dapat sokongan moral banyak pihak yang menyuntik kata-kata semangat sama ada menerusi DM (mesej langsung) atau dalam Instagram dan aplikasi X.
“Ibu saudara saya, Ella yang saya panggil Uteh juga titipkan pesan minta saya ‘stay strong’, baca Bismillah sebelum mulakan (sidang media) dan dia katakan ‘Uteh with you’ maksudnya Ella bersama Kaka.
“Dia kata usah takut dan jangan risau. Dia faham solidariti serta prinsip saya demi Palestin, begitupun juga ramai lagi rakyat Malaysia lain yang berdiri di belakang saya,” katanya selepas sidang media khas, malam tadi.
Pertemuan dengan media yang disertai peguam dari Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil itu adalah bagi menjelaskan tuntutan meminta Warner Music Malaysia memberi alasan munasabah mengenai kontraknya ditamatkan lebih awal iaitu sehingga 31 Disember ini.
Malam tadi penyanyi Bukan Hal Aku itu memberikan penjelasan terhadap isu penamatan kontrak dengan syarikat tersebut menerusi sidang media khas selepas beberapa hari mengunci mulut
Sesi itu diadakan bagi menjelaskan kedudukan kontrak di antara Kaka dengan Warner Music Malaysia yang menjadi topik hangat sejak awal minggu ini.
Dalam sidang media itu, Kaka, 34, mengakui sebagai antara artis paling lama bersama label terbabit, malah yang pertama ditamatkan kontrak dengan cara mengejut.
Mengakui masih terlalu awal untuk melihat impak diberhentikan secara tiba-tiba, dia menyifatkan situasi dilaluinya ini sebagainya jihad kecil yang mengukuhkan lagi pendirian menyokong perjuangan Palestin.
“Setakat ini tiada ‘show’ saya yang dibatalkan, saya cuma mahu tengok perkara ini dari sudut yang positif sebab saya tahu berada di pihak yang benar.
“Tiada penyelesaian biarpun rasa ditindas, namun saya tidak berhenti di sini, kerana ini adalah permulaan untuk saya melangkah dengan kaki sendiri dan saya menyebarkan perkara positif.
Sementara itu, peguamnya Aidil Khalid berkata pihaknya masih menunggu perbincangan dengan pengurusan tertinggi Warner Music Malaysia bagi memperincikan perkara tertangguh.
“Ada beberapa hal lagi belum dijelaskan terutama berkaitan royalti serta perincian lain yang kita harap dapat diselesaikan secara bersama,” katanya.
Semalam, penyanyi itu mendakwa notis dari Warner Music Malaysia tidak menyatakan sebarang alasan konkrit syarikat berkenaan menamatkan kontraknya pada 31 Disember depan, sedangkan masih berbaki beberapa tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaka kreatif...
Ada rezeki lain utk Kaka.
At least x menunggang or ride isu.
You go girl.
Tak mcm sebahagian tu ala2 melaknatullah... Eh eh eh tiba2 Dior dlm genggaman tangan. Tak ke menipu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lar ni atleast on another level
tapi memaki org via dm tu pun Islam tak ajar ye
kalo kat fesbuk cukup ramai yg rasa bangga
bila post kena removed, account kena limited
rasa mcm dah nak masuk syurga jihad mereka
padahal sendiri tak pandai to manipulate algorithm social media
guna jugak hashtag yg meminta kena blocked
camna lar nak survive kalo Allah terbalikkan nusantara ni yg bergolak |
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 8-12-2023 07:54 AM
ok lar ni atleast on another level
tapi memaki org via dm tu pun Islam tak ajar ye
Dia maki2 orang ke? Patut pun kena buang dari Warner. |
|
|
|
|
|
|
|
ya she used the F word kat one of the resident artis
tapi tu dia tak bitau kat org, warner dah keluarkan statement
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak dengar voice note kak ell...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lagu Kaka dengan zizan lagu infiniti cinta n karma..btw i support u kaka |
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 8-12-2023 01:10 PM
ya she used the F word kat one of the resident artis
tapi tu dia tak bitau kat org, warner dah kel ...
Kalau gitu, selayaknyalah dia ditamatkan kontrak lebih awal. |
|
|
|
|
|
|
|
Kontrak ditamatkan sebelum tempoh tak boleh saman ke? Ke ganti rugi? |
|
|
|
|
|
|
|
Inshaallah ada rezeki lain. |
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 8-12-2023 02:10 PM
ya she used the F word kat one of the resident artis
tapi tu dia tak bitau kat org, warner dah kel ...
Hahah..then i tarik sympathy i lah kalo ko mencarut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dia tak menunggang. Dari bising2 tek kering sbb Palestine, ujung2 comolot ngn brand yisrael. Ceh |
|
|
|
|
|
|
|
Amy Schumer dan artis2 Zionists di Hollowood post suruh Israhell hapuskan orang2 Palestin di Gaza ok aje. Tak ada tindakan di ambil pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh ko mencarut and use the F word,,lepas tu hairan kenapa ditamatkan contract??? Paham ko nk stand with palestine,, no problem. Cubalaa kalo nk maki tu, berhemah sikit.. kan dh g skolah, cuba laa classy sikit... choiii |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia playvictim
selalu msian very proud konon israel koyak mak ko hijau
kaka kena serang dgn netijen israel for this case
but she is fighting back, or the label has to compensate her handsomely
|
|
|
|
|
|
|
| |
|