View: 10676|Reply: 8
|
[Tempatan]
7 atau 8 Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong PMX dalam masa terdekat, dakwa Syed Hussin
[Copy link]
|
|
7 atau 8 Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong PM, dakwa Syed Hussin
https://www.freemalaysiatoday.co ... -dakwa-syed-hussin/
FMT Reporters - 11 Dec 2023, 2:11pm
Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani. (Gambar Bernama)
Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata semua Ahli Parlimen PN dari beberapa negeri itu akan mengisytiharkan sokongan dalam tempoh terdekat.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Syed Abu Hussin mendakwa semua Ahli Parlimen PN adalah dari beberapa negeri namun tidak mendedahkan sama ada mereka dari PAS atau Bersatu.
“Dulu saya kata ada lima atau enam orang, (tetapi) sekarang ini ada tujuh atau lapan orang. Nama saya tak boleh maklumkan di sini.
“Tunggu masa dan lihat, akan ada pengumuman mereka yang akan menyokong Kerajaan Madani,” katanya pada sidang medianya di Puchong, menurut Harian Metro.
Beliau turut mendakwa, sebahagian daripada Ahli Parlimen berkenaan ada berhubung dengannya berhubung perkara itu.
“Ada yang berhubung dengan saya, ada yang berhubung dengan orang lain,” katanya.
Pada 28 Nov lalu, beliau mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dan kerajaan Madani ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Beliau menjadi wakil rakyat pembangkang kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu, Syed Abu Hussin berkata beliau bersedia berdepan dengan tindakan Bersatu kerana menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.
Katanya, beliau tidak melanggar peraturan Bersatu kerana di dalam perlembagaannya, tidak melarang sesiapa memberikan sokongan kepada mana-mana pihak.
“Apa yang saya buat ini tidak melanggar perlembagaan parti. Kalau parti nak mengambil tindakan, ia akan bawa ke Jawatankuasa Disiplin.
“Jawatankusa Disiplin akan memutuskan apa bentuk tindakan disiplin yang boleh diambil (dan) saya bersedia,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Klu ini berlaku, pedih hulu hati yidin dan hadi awang. Sibuk dgn 'angka' tp memihak kpd pihak lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Depa2 yg sokong madani ni bekas2 Umno gk kn... So x heran pun... Lalanggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Peruntukan is king.
Dulu mengate bijan yg money is king, mengata din pagoh yg scheme of thing tapi si piyem bapok ni pun buat perkara sama,..kena sokong bapok dulu baru dpt duit peruntukan..so celah mane yg dikatakan reformasi setahun penuh dgn najizz je |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Kes la org tua ni buat smpi kena gertak beri sokongan. Pengalaman aku la kalo org yg ada jambang, janggut Dan pakai songkok ni selalunya gila sex skit. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 11-12-2023 07:02 PM
cam 'bodoh' jer adakan pru....pada akhirnya politikus jadikan 'gelanggang pemainan' sesama mereka pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 11-12-2023 06:59 PM
cam 'bodoh' jer adakan pru....pada akhirnya politikus jadikan 'gelanggang pemainan' sesama mereka pu ...
Nak hairan apa ya , dah dasar wakil rakyat mcm katak melompat cari air sejak dulu. Bersatu pun terdiri dr bekas Umno yg melompat .Sama lah dgn ketua pembangkang si Hamzah tu..Tak dapat tukar parti deme tukar sokongan plk.Janji massukk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|