CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6533|Reply: 1

Saluran Pernafasan Lelaki Pecah Gara-Gara Tahan Bersin

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK –  Saluran pernafasan seorang lelaki di Thailand dilaporkan pecah setelah dia menahan diri daripada bersin.


Thaiger melaporkan,  Kejadian pertama seumpamanya di dunia itu didedahkan oleh pakar perubatan forensik Universiti Srinakharinwirot, Dr. Veerachai Jarusachaisri.


Pesakit dilaporkan hendak bersin ketika dia memandu. Daripada membiarkan perkara itu berlaku, dia sebaliknya menahan diri dengan menutup hidung dan mulutnya.




Foto: Thaiger




Tindakan itu mengakibatkan tekanan pada saluran pernafasannya meningkat 20 kali ganda berbanding biasa lantas menyebabkan saluran pernafasannya pecah.


Selepas dirujuk kepada jabatan kecemasan akibat sakit leher dan bengkak teruk, pesakit berkenaan didapati tidak mempunyai masalah pernafasan, menelan atau bercakap.


Imbasan tomografi (CT) memaparkan kesan luka bersaiz 2×2 milimeter pada saluran pernafasannya disebabkan oleh peningkatan tekanan secara pesat.


Doktor membuat kesimpulan bahawa lelaki itu tidak memerlukan pembedahan. Sebaliknya, dia dipantau selama dua hari untuk memastikan tahap oksigennya kekal stabil.


Laporan susulan selepas lima minggu kemudian menunjukkan bahawa luka itu telah sembuh dengan baik, seperti yang didedahkan dalam imbasan CT. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.257637 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list