View: 4870|Reply: 4
|
[Dunia]
Saham Starbucks Rekodkan Kemerosotan Paling Teruk Sejak 1992, Rugi Hampir RM55 Bilion
[Copy link]
|
|
Saham Starbucks Corp terus merekodkan kerugian paling teruk sejak terbinanya jenama tersebut, lapor Bloomberg.
Saham Starbucks dilaporkan turun 1.6% pada Isnin, merosot untuk hari ke-11 berturut-turut dan merupakan penurunan paling teruk sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992. Secara keseluruhan, kemerosotan ini telah memadam 9.4% nilai pasaran Starbucks, iaitu hampir AS$12 bilion atau RM55 bilion kerugian.
Penganalisis Wedbush Securities Inc., Nick Setyan berkata, pelabur-pelabur meluahkan kebimbangan apabila jualan tidak mencapai jangkaandalam suku tahun semasa dengan data kad kredit mengisyaratkan satu kelembapan sepanjang tiga minggu lalu atau sedemikian.
Selain itu, jualan dalam industri snek dan kopi telah menunjukkan trend yang perlahan secara mingguan bagi tempoh tujuh hari sehingga 19 November, menurut firma penyelidik berpandukan data, M Science.
Ini menandakan minggu ketiga berturut-turut trend lembap di tengah-tengah krisis diboikot dan mogok pekerja, termasuk Hari Cawan Merah (16 November) yang menjejaskan sebanyak 200 lokasi di Amerfka.
Saham-saham Starbucks menurun 1.6% tahun ini, berbanding dengan satu perolehan 11 peratus bagi Indeks Restoran Komposit S&P 1500.
SUMBER
Bloomberg
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap terus tutup syarikat yang bagi dana kat 15rahell. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..i memang la mcd ke kepci ke stabak ke subweh memang terus takde orang kat area i ni |
|
|
|
|
|
|
|
subwey pon termasuk ke mama?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|