CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5603|Reply: 5

19 Tahun Menanti, Akhirnya Suami Isteri Dapat Anak Pertama

[Copy link]
Post time 14-12-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Penantian 19 tahun pasangan suami isteri tamat selepas dikurniakan cahaya mata pertama.


Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pasangan tersebut dikenali sebagai @anakmuharom berkata, banyak dugaan telah ditempuhi sepanjang 19 tahun tersebut.


Jelasnya, kehadiran cahaya mata itu juga adalah berkat doa daripada orang yang pernah mereka bantu selama ini.








“Alhamdulilah, Allah dengar doa-doa kita, dan mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kami bahagiakan.


“Doa orang yang kita belanja, doa anak yatim, doa orang-orang yang kita bantu tanpa sedar,” tulisnya.


Berdasarkan kapsyen pada hantaran itu juga, difahamkan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pada 26 November yang lalu.


Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen turut berkongsi kisah sama dan ada yang masih menanti kehadiran cahaya mata walaupun telah lama berkahwin.







“Sama macam jiran saya, 19 tahun. Dia tak sedar dia pregnant (mengandung) tahu-tahu dan lapan bulan. Alhamdulillah anak-anaknya dah dua tahun lebih sekarang,”kongsi @MamiGaranggggggg.


Turut meninggalkan komen adalahs seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Amirah Faisal.


“Ya Allah 19 tahun. Saya yang lima tahun pun ada masa tabah, ada masa rebah. Luar biasa sangat sabar awak dan pasangan,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 03:42 PM | Show all posts
aLHAMDULILLAH SYUKUR.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki orang yg bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 03:50 PM | Show all posts
19 tahun kalau ada anak dah boleh kahwin dah tu. tapi Allah tahu bila kita bersedia utk ada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.094889 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list