CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19372|Reply: 1

[Tempatan] PAS setuju hanya orang Melayu jadi PM demi ‘kestabilan’

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pindaan ke atas Perlembagaan bagi memastikan hanya orang Melayu dilantik perdana menteri demi ‘kestabilan dan keharmonian’. Gambar hiasan

PETALING JAYA: PAS bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan hanya orang Melayu menjadi perdana menteri.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pindaan itu sepatutnya dibuat demi menjamin “kestabilan dan keharmonian” negara.


“Kita boleh lihat meningkatnya kebimbangan awam dan mengganggu kestabilan jiwa orang Melayu bila mana LKS (Lim Kit Siang) mengeluarkan kenyataan bukan Melayu boleh menjadi PM berdasarkan Perlembagaan negara,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Wan Fayhsal dalam catatan Facebook menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggunakan kelebihan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri.


Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan satu-satunya syarat untuk menjadi perdana menteri ialah individu itu perlu menjadi Ahli Parlimen, yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mungkin mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Peruntukan itu tidak menyatakan syarat mengenai kaum, agama atau jantina.

Wan Fayhsal dilaporkan berkata, beliau akan menyokong Anwar bagi pindaan tersebut.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, pindaan Perlembagaan sedikit sebanyak dapat memulihkan sokongan orang Melayu kepada kerajaan perpaduan, selain menoktahkan pertikaian berhubung isu itu seperti dibangkitkan Lim, veteran DAP baru-baru ini.


Dalam ucapan kepada pelajar Malaysia di United Kingdom bulan lalu, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

Beliau merujuk bekas presiden AS, Barack Obama, yang dipilih ke Rumah Putih selepas 230 tahun negara itu mencapai kemerdekaan.

Semalam, polis merekodkan kenyataan Lim.

Sekutu PAS dalam Perikatan Nasional, Gerakan tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu pun mmg melayu dari umno jadi PM tapi korang sebok nak jatuhkan pemimpin melayu Islam dari umno. Jadi enabler utk macam2 fitnah terhadap Najib yang punyelah baik banyak tolong Pas...orang Melayu rakyat keseluruhan. Yes Pas was the enabler ...pada aku sama jer dgn diaorang sendiri buat fitnah terhadap Najib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.100602 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list