View: 10712|Reply: 0
|
[Tempatan]
TERKINI: Undang-undang hukum pikat isteri orang bercanggah perlembagaan, putus mahkamah
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menjenayahkan tindakan memikat wanita yang sudah berkahwin sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Menyampaikan penghakiman sebulat suara panel lima hakim, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Seksyen 498 Kanun Keseksaan digubal sebelum Merdeka, justeru Perkara 162(6) dan 162(7) Perlembagaan Persekutuan terpakai.
“Kami berpandangan bahawa peruntukan itu tidak mampu diubah suai kerana ia akan mengubah watak kesalahan.
“Oleh itu satu-satunya cara (untuk membatalkannya) adalah dengan memansuhkannya menerusi kehakiman,” kata Tengku Maimun.
Tengku Maimun bersidang dalam panel bersama Hakim Besar Malaya Zabidin Diah, serta Hakim Harmindar Singh Dhaliwal, Abu Bakar Jais dan Abdul Karim Abdul Jalil.
Tindakan memikat, membawa pergi atau menyembunyikan seseorang wanita berkahwin ialah suatu kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Terdahulu, seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 selepas suami wanita itu membuat laporan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac tahun ini membenarkan permohonan lelaki itu untuk merujuk persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan untuk penentuan.
BERITA LANJUT MENYUSUL |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|