CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7637|Reply: 14

Suami Kantoi Angkut Skandal Balik Rumah, Buat Projek Masa Solat Jumaat "Aksi Terakam Dari Kamera Pantau Kucing"

[Copy link]
Post time 15-12-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang isteri  mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang dengan wanita lain dan melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mereka sendiri.


Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menceritakan bahawa perbuatan curang si suami hanya diketahuinya selepas melihat rakaman video pada kamera yang diletakkan di tempat makanan kucing.


Pada awalnya, wanita itu membeli kamera tersebut hanya untuk memantau kucingnya memandangkan dia dan suami sibuk bekerja. Tetapi lain pula yang jadinya apabila aksi mesra suami terakam di kamera terbabit.




Gambar Hiasan




"Aku lupa nak beritahu dia pasal kamera dekat tempat makanan. Pada suatu hari, masa aku tengah makan tengahari, aku cuba lah buka video tu. Aku dengar suara orang dalam rumah tu. Punya lah aku cuak, cepat-cepat aku screen record sambil aku call suami aku. Dia jawab dia cakap dia dekat rumah nak bersiap solat jumaat. Lepas tu, aku nampak ada kaki jalan ke arah tempat makan. Dan baju kurung.


"Adegan-adegan diorang dan suara semua ada. Aku tak rasa jijik tapi aku rasa aku dihina oleh suami aku sebab buat dalam rumah kami."


Wanita yang berbaju kurung itu merupakan rakan kerja suaminya dia mendakwa mengenali sosok wanita terbabit.


Meskipun si isteri sudah membuat perbincangan bersama keluarga termasuk suaminya, dia tetap mahu melaporkan kes itu kepada polis atas alasan wanita terbabit mengganggu rumah tangganya.


Tidak cukup dengan itu, sebagai pengajaran, si isteri nekad melaporkan perkara itu kepada bahagian sumber manusia di tempat wanita terbabit bekerja.


"Kami dah berkahwin 6 tahun, lepas suami masuk tempat kerja baru dengan perempuan tu. Memang satu kilang ingat mereka bujang sebab macam belangkas (sentiasa bersama). Perempuan tu tahu je suami aku dah kahwin tapi tetap nak. Dia cakap suami aku soft spoken.


"Aku tanya perempuan tu nak sangat ke kahwin dengan suami aku? Dia angguk. Pernah tak suami aku cakap nak kahwin dengan dia? Dia angguk. Aku terus cakap ‘ambil lah bekas aku, lalat memang suka dekat benda busuk’."


Dalam kesempatan itu, si isteri meminta orang ramai mendoakan urusan perceraiannya dipermudahkan. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah bakal bercerai dengan suami busuk lalat hurung.


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercerai sudah akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki kalau dia rasa ko bernilai, takdenye dia nak rasmi dulu sebelum kawin.. bagun la sis ni cerai, bende busuk memang sedap? sebab tu ramai orang suka buat, dah tu pulak buat sekali mana cukup mesti nak ulang lagi.. baik sis angkat kaki awal2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
She knows her worth, what she wants and what action she shld take. Semoga dipermudahkan urusan sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas akak nie tegas & ambil pendekatan yg betul macam jumpa HR & pompuan tu. Semuga dipermudahkan segala urusan akak nie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh ambik iktibar ni. boh cam dlm teddi bear ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
padu kau bagi kak kat si betina tu
si bangang jantan tu biat kerja tak clean buduh ya amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengotor betul suaminye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:32 AM | Show all posts
dia tetap mahu melaporkan kes itu kepada polis atas alasan wanita terbabit mengganggu rumah tangganya.

dia belum tau kot undang2 tu dah ditolak mahkamah sebab unconstitutional.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:38 AM | Show all posts
nono86 replied at 15-12-2023 06:38 PM
Laki kalau dia rasa ko bernilai, takdenye dia nak rasmi dulu sebelum kawin.. bagun la sis ni cerai,  ...

Tak semestinya.

ada ja yang lepas kenal makin suka dan dua2 pihak lebih yakin about their feelings. Little to doubt, little to regret berbanding yang kahwin semata2 untuk menghalalkan seks.



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 03:07 AM | Show all posts
kenapa lapor polis?

anyone, you move away from people who do not love you.
sy baca dia sebut akan d****ce; OK, this is a logical move. do not look back
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 10:54 PM | Show all posts
Nnti acik dlm artikel jgn plak go back kat laki lama, tkut je awl2 marah mmg lalat suka bnda busuk tpi lps tu go back snyap2 bila dh sjuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:40 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.411328 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list