View: 7257|Reply: 15
|
[Jenayah]
GEMPAR!Lelaki Goda Isteri Orang Tidak Lagi Boleh Didakwa Menurut Mahkamah Persekutuan
[Copy link]
|
|
Lelaki Goda Isteri Orang Tidak Lagi Boleh Didakwa Menurut Mahkamah Persekutuan
Baru-baru ini, banyak kes yang melibatkan ‘orang ketiga’ dan sedia maklum, menjadi satu kesalahan jenayah bagi lelaki yang memikat isteri orang yang mana jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara atau denda di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Akan tetapi, bagi wanita yang memikat suami orang, tiada peruntukan undang-undang jenayah yang boleh mendakwa perempuan terbabit.
Terbaharu, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.
Menurut laporan, keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina.
Sebelum ini, seorang peguam memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa peruntukan di bawah Kanun Keseksaan yang menjenayahkan perbuatan lelaki menggoda isteri orang adalah tidak berperlembagaan dan perlu dimansuhkan.
Jayarubbiny Jayaraj berkata Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang telah mengganggu rumah tangganya.
Beliau berhujah peruntukan itu adalah bersifat diskriminasi terhadap wanita yang sudah berkahwin kerana menganggap mereka sebagai hak milik suami dan terdedah kepada penderaan oleh pasangan.
Katanya pindaan terhadap Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan perkataan ‘jantina’ membuktikan bahawa Parlimen, sebagai penggubal undang-undang di Malaysia, telah memberi isyarat bahawa wanita dan lelaki hendaklah dilihat sebagai sama rata serta mempunyai hak yang sama.
Sumber:https://thevocket.com/lelaki-god ... ahkamah-persekutuan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni kes darren choy - daphne.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk dgn isi cerita mcm x kena |
|
|
|
|
|
|
|
ABANGLA,PAKIS,NEGRO...ADA BANYAK SINYUM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mansuh dan akan ada seksyen baru ke acaner?
Sebab loyar tu kata nak masukkan perkataan lelaki dan wanita dlm tu.
Sapa² arif kat sini? |
|
|
|
|
|
|
|
Maka tak salah la kan suami orang menggoda suami orang lain atau lelaki lain dengan niat berplanta kan?
Mendoniaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk berita agak misleading... |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 17-12-2023 12:59 PM
Maka tak salah la kan suami orang menggoda suami orang lain atau lelaki lain dengan niat berplanta k ...
Apa istilah planta ni? Sapu majerin ka apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-12-2023 01:33 PM
Apa istilah planta ni? Sapu majerin ka apa?
Kunyit dan planta
Berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-12-2023 01:33 PM
Apa istilah planta ni? Sapu majerin ka apa?
Fix a date....need to experience to believe and understand....
But make sure bukan hari piyed..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tahu tak salah pun...salah suami dia kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Seterusnya menghapuskan kepercayaan lapuk that your spouse is like a property.
It's not.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-12-2023 01:33 PM
Apa istilah planta ni? Sapu majerin ka apa?
Sama la..tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 17-12-2023 08:15 PM
Sama la..tak faham
Iols speku cara kunyit ngesek |
|
|
|
|
|
|
| |
|