View: 10517|Reply: 11
|
[Tempatan]
Astro rugi bersih RM47.05 juta pada suku ketiga
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd mengalami kerugian apabila mencatatkan kerugian bersih RM47.05 juta pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2023 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM5.8 juta bagi suku yang sama tahun lalu.
Pendapatan menyusut kepada RM828.55 juta daripada RM885.39 juta sebelumnya, dipengaruhi oleh pengurangan hasil langganan, namun diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan hasil pengiklanan dan pendapatan pelesenan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bagi sembilan bulan terkumpul tahun kewangan 2024, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM7.51 juta berbanding keuntungan bersih RM204.29 juta tahun lalu, manakala hasil menurun kepada RM2.52 bilion daripada RM2.67 bilion sebelum itu.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Group, Euan Smith, berkata pelan strategik kumpulan untuk mengubahnya kepada syarikat penstriman digital mula membuahkan hasil.
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, pada suku ketiga tahun kewangan 2024 Astro telah menyelesaikan program skim pemisahan sukarela (VSS), satu lagi langkah penting dalam program berterusan kami untuk mengubah asas kos legasi.
"Hasilnya, syarikat mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 20 peratus. Langkah ini membabitkan kos RM52 juta dan anggaran pembayaran balik kurang daripada setahun," katanya.
Selain itu, Smith berkata kumpulan itu turut keluar daripada perniagaan beli-belah di rumah agar sumbernya boleh dilaburkan ke dalam bidang perniagaan yang memberikan pertumbuhan.
Mengenai prospek, kumpulan itu mengekalkan pandangan berhati-hati dan akan memantau dengan teliti keadaan perniagaan dan menekankan disiplin kos.
Ia berkata perjalanan transformasi kumpulan itu adalah dengan bertindak agresif untuk menjadikan Astro sebagai platform hiburan dan penstriman nombor satu di Malaysia.
"Pelaburan tertumpu kepada pertumbuhan jangka panjang dan mampan kami yang akan merangkumi kandungan tempatan, mempercepatkan pertumbuhan perniagaan berkaitan dan mengubah struktur kos legasi untuk mencerminkan realiti baharu pasaran TV Berbayar tempatan, seiring dengan trend global," kata kumpulan itu. – Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sb tadak citer koboi ke???.. |
|
|
|
|
|
|
|
dgr rugi memnjang da bertahun tp xtutup2 yer |
|
|
|
|
|
|
|
ulang2 sampai ke sudah la kau
channel merepek2 pn ada tah pape |
|
|
|
|
|
|
|
Astro ada apps sooka tu kan...better fokus ke situ je le..sbb zmn skang, most people yg ada purchasing power (utk subscribe produk ko), diorg ni byk menyewa bilik je esp kt Klang Valley, Penang,JB utk stok2 bujang, fresh grad yg mmg layan drama2 kat astrok tu
so diorg ni kalo stakat sewa bilik je, depa x kuasa nk langgan astrok ko sbb kene ada tv sendiri, internet box etc..lecehhh
Nowadays sume pegang henfon and tablet je..duk dlm blk sewa, hadap la dua gadgets ni je...ini la target baru korang
Ramai je budak2 muda minat drama2 viral korang mcm project high council tu
Yg drama geli2 bodoh mcm my famous ex boyfren, andai itu takdirnya apa lancau sume tu lak, stok2 hijabista kuat berangan yg akan layan drama2 mcm tu.
So mmg produk korang still ada demand la.takde la hauk mana pun khueeen |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mcm nak terminate tp aku suka lyn channel hits
best jugak citer quantum leap ni rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah terminate....stream je. Byk program sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam nampak satu posting berita pasal ni di fb. Ramai orang like dan bagi komen 'Alhamdulillah'... |
|
|
|
|
|
|
|
Ketuanan dia pasti si gelab mcm bontot kuali
mcm Air Asia asik rugi memanjang
nak elak bayar cukai dan bayar deviden
orang atas yg ada kuasa diberi $$$$
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 16-12-2023 02:42 PM
Teringat zaman semua menggelupoh AFundi retis kesayangan memasing sampai sanggop berabis ratosan ringgek
Waktu sms mendonia |
|
|
|
|
|
|
| |
|