|
'Sakitnya apabila hilang anak' - Ismanira
ISMANIRA berkongsi luahan perasaannya.
Kuala Lumpur: "Sekarang saya dah dapat rasa, macam mana sakitnya perasaan rakyat Palestin apabila hilang anak," kata Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia kerana dibunuh pada 6 Disember lalu.
Ismanira berkongsi hantaran itu berserta gambar wanita Palestin yang mendakap anaknya yang meninggal dunia akibat serangan tentera Israel.
Menerusi hantaran lain, Ismanira juga berkongsi gambar suaminya memegang anak kedua mereka sambil diperhatikan Zyan.
Menurutnya, anak keduanya itu setiap hari mencari dan memanggil nama Zayn.
"Semoga abang dan adik berjumpa semula di syurga ya, adik sayang abang, adik hari-hari panggil nama abang, cari abang," tulisnya.
Terdahulu, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya pada 6 Disember lalu selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilang-anak-ismanira
|
|