View: 26701|Reply: 0
|
“Ada Juga Perangai Zionist Kat Malaysia Ni!” – Isu Langar Lari Ramaja Sekolah, Catriona Ross Luah Rasa Kecewa
[Copy link]
|
|
“Ada Juga Perangai Zionist Kat Malaysia Ni!” – Isu Langar Lari Ramaja Sekolah, Catriona Ross Luah Rasa Kecewa
Semalam kecoh apabila seorang pegawai kanan polis ditahan berhubung insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar tingkatan lima selepas motosikal ditunggang remaja itu dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.
Meninggal Di Tempat Kejadian
https://murai.my/wp-content/webp ... rian-Metro.jpg.webp
Menurut BH Online, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun itu tidak cedera.
Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati sebab kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.
Rakan Artis Turut Bersedih
Atas kejadian tersebut, ramai rakan-rakan artis turut menyuarakan pendapat mereka mengenai kejadian ini. Salah seorang daripadanya adalah pelakon dan juga pengacara, Catriona Ross.
Melihat di Instagramnya, Catriona meminta untuk penjelasan mengenai status sebagai seorang polis yang melanggar kanak-kanak tersebut.
Terangkan kepada saya, apakah kebal seorang manusia hanya kerana dia bergelar seorang polis? Adakah ini bermakna polis boleh langgar seseorang?
Salam takziah pada keluarga mangsa. Ini menyedihkan dan suatu yang tidak boleh diterima.
Saya tidak kira siapa anda, lebih-lebih lagi jika seorang polis yang bersifat begini!
Kejadian Yang Tidak Boleh Diterima
Tambahnya lagi, kejadian seperti ini adalah suatu yang menyedihkan dan tidak boleh diterima. Dia juga turut mengharapkan supaya hukuman diberikan sewajarnya tidak kiralah pesalah tersebut dari kalangan polis sendiri.
Menurut BH Online, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian selepas dikatakan diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.
PDRM juga turut menyatakan bahawa mereka tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.
Sumber:https://murai.my/2023/195549/ada ... s-luah-rasa-kecewa/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|