CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24569|Reply: 4

[Tempatan] Pendakwah bebas sahkan sudah beri keterangan kepada polis

[Copy link]
Post time 17-12-2023 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Ahmad Husam

ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Datuk Ahmad Husam Muhamad Baderudin mengesahkan telah memberi keterangan kepada polis berhubung laporan polis yang dibuat oleh bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim.

Ahmad Husam memaklumkan, beliau bersama peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Muda pada petang Jumaat.
“Saya hadir ke IPD Kuala Muda sekitar 4 petang dan diambil keterangan berhubung laporan polis oleh Zamil ke atas saya. Saya beri kerjasama sepenuhnya kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.


Beliau tegaskan, semua bukti yang diperlukan diserahkan kepada polis dan tiada keperluan mendedahkan secara terbuka.

“Kes ini masih dalam proses siasatan, saya tidak mahu mendahului proses perundangan.

“Satu lagi proses perundangan sedang berjalan, semua pihak akan memahami apa motif tekanan yang dibuat terhadap saya bila tiba masanya nanti,” ujarnya.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penularan gambar Zamil yang mengaibkan dan tular di laman sosial Facebook dan TikTok.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat laporan polis dibuat Zamil yang mendakwa gambar dirinya memakai boxer diambil secara curi oleh individu tertentu sebagai cubaan mengaibkan dirinya.

Dalam pada itu, Ahmad Husam menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya dan mohon agar siasatan dilakukan terhadap video dimuat naik Zamil yang jelas memfitnah bagi menjejaskan imej dirinya dan keluarga.
“Pada Rabu, video berkenaan tular di media sosial dan Zamil membuat tuduhan itu dengan menyebut nama saya dengan jelas.

“Menerusi video tersebut, Zamil menuduh saya sebagai penangkap gambar beliau yang tular itu namun dia gagal buktikan bahawa saya yang merakam gambar tersebut menggunakan telefon bimbit saya,” ujarnya lagi.

Menurutnya, ia merupakan tuduhan melampau kerana mengaitkan kejadian yang berlaku tiga tahun lalu dengan kes berkenaan.

“Ingin saya jelaskan kekeliruan. Menerusi video berkenaan juga, Zamil menunjukkan gambar saya berdiri dalam bilik yang didakwa ada bersama beliau ketika itu. Sedangkan gambar saya itu diambil daripada Facebook rasmi saya yang dimuat naik pada Disember 2020,” jelasnya.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 12:05 AM | Show all posts
Rita spender tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Jari Tengah tersenyum sinis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 07:48 AM | Show all posts
laaaa apa citer nih

terlepas bas

macam mana pulok husam di tuduh amik gambar zamil pakai boxer
korang tido sekali ker apa
dah macam kisah budak2 duduk hostel
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la  nak kecoh dengan gambar boxer ni? Bukannya gambar  sebelum dan selepas menoron china doll

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.179464 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list