View: 9613|Reply: 12
|
Kronologi Kes Kematian Muhammad Zaharif
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kisah kematian Muhammad Zaharif yang meninggal dunia selepas dilanggar lari kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, hangat diperkatakan rakyat Malaysia.
Foto: Harian Metro
Berikut adalah kronologi kes berkenaan:
15 Disember 2023
Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter, kira-kira 12.30 tengah hari.
Kisah kematian Muhammad Zaharif hangat diperkatakan rakyat Malaysia yang mahu pegawai kanan polis didakwa menyebabkan kematian calon SPM itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.
Pegawai kanan polis berusia 44 tahun ditahan berhubung kematian Muhammad Zaharif.
16 Disember 2023
17 Disember 2023
Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa.
Peguam Negara memaklumkan pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian Muhammad Zaharif akan dituduh atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keputusan mendakwa pegawai kanan polis itu menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus dan pegawai kanan polis berkenaan akan ditahan kerja.
18 Disember 2023
Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa membunuh Muhammad Zaharif. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan pertuduhan di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Mahkamah membenarkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.
Petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan berkenaan. Jurugambar juga tidak dibenarkan memasuki halaman mahkamah kecuali petugas BERNAMA. Ketika dibawa memasuki dalam mahkamah, tertuduh disungkup dengan jaket untuk menutup wajahnya. Tertuduh juga menaiki kenderaan polis bercermin gelap untuk mengelakkan wajahnya dirakam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
nk tau jugak ape punca bergaduh smpi kena seret tu |
|
|
|
|
|
|
|
1. kita bukan lah antara dua org iaitu si tertuduh dan terbunuh
2. kita tak berada dekat dgn kejadian tu
3. kita tak dengar dari kedua2 pihak |
|
|
|
|
|
|
|
angin tak ribut tak..
apasal tetiba langgar n seret?
|
|
|
|
|
|
|
|
semua ckap ezjoz zharif tu standard, boleh sapa2 lampir kan bukti? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lagi ke tampil dengan bukti cctv? Yang berlegar kat X tu tak clear sangat. While SKMM dah keluar statement jangan share video demi hormati keluarga mangsa. Moga truth prevails. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sorang tak sabar dan baran
Yg sorang lagi jiwa muder, eksyen lebih, preng sana sini, lagi org benci hah lagi lama preng dia bagi.
Sudahnya begini lah... Yang merana sedih tuh ahli keluarga terdekat. Bini yg nak hadap org luar da habih imej tercalar. Mgkin boleh depresss oiii klau tak kuat.
Kita2 ni apa pun buat biar berpada² baru harmoni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|