View: 12839|Reply: 5
|
Suami Larang Mila Jirin Menyanyi Jauh-Jauh, Risau Abai Tanggungjawab Jadi Ibu Dan Majikan
[Copy link]
|
|
Mila Jirin rindu bidang nyanyian dan dalam usaha memujuk suaminya, Isz Mustapha untuk memberi kebenaran kepadanya kembali aktif ke pentas nyanyian.
Mila berkata suaminya sebelum ini bimbang dia tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap keluarga dan perniagaan dalam masa sama.
Foto: IG
"Saya sedang berusaha pujuk suami, Insya-Allah doakan saya sebab rindu sangat nak menyanyi. Sebagai seorang yang berdarah seni, saya memang nak sangat teruskan kerjaya nyanyian. Hendak dodoi anak dan dalam tandas pun menyanyi.
"Cuma sekarang masih dalam usaha tetapi nampak gayanya dia sudah mula memberi sedikit peluang. Dia pesan saya perlu seimbangkan tiga perkara iaitu tugas sebagai majikan, ibu dan penyanyi.
"Sebelum ini anak saya masih kecil dan menyusu sehingga umur empat tahun. Suami juga risau jika saya tidak boleh beri fokus terhadap kerja. Dia juga tidak izinkan jika saya perlu ke lokasi yang jauh untuk buat persembahan bagi mengekang daripada berlaku sesuatu tidak elok.
"Jadi, sebagai seorang isteri, perlulah taat namun syukur sekarang dia semakin tunjukkan sokongan setiap kali saya menyanyi pada majlis perkahwinan di premis kami," katanya kepada Harian Metro.
Mila menjelaskan sebagai wanita berstatus ibu dan perlu memberi fokus kepada seorang cahaya mata lelaki yang sedang membesar.
Juara Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, dia juga dalam usaha mencari komposer untuk menghasilkan lagu buatnya satu hari nanti.
"Memang nak tetapi tidak pasti lagi. Saya ada juga bertanya kepada rakan seperjuangan iaitu Akim dan Stacy untuk minta lagu. Selain meminati karya yang mereka hasilkan, kedua-duanya juga adalah rakan saya.
"Namun semuanya berada dalam proses memujuk lagi. Sekali lagi saya memohon semua mendoakan perancangan saya untuk menghasilkan single ini dipermudahkan," kata Mila. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
masukkan je la slot ko nyanyi dlm customer nyer wedding package tu |
|
|
|
|
|
|
|
his husband is doing a good job as a protector and berusaha untuk tidak menjadi seorang suami yang dayus dgn membiar orang ramai menikmati isterinya...
i hope sheols doesn't go against his husband... tak berkat uols... |
|
|
|
|
|
|
|
Mila is comel.. dah lama rindukan suara mila yg serak2 basah tu.. Msklah gegar vaganza hahahh |
|
|
|
|
|
|
|
me tak nak doakan dia masuk ke industri seni. biar suami dia tak bagi. dah elok2 ada bisnes, cukup lah tu. risau tang lain je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|