CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27327|Reply: 0

[Tempatan] Suami diserang isteri, kantoi bercuti dengan ‘skandal’

[Copy link]
Post time 18-12-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Suami diserang isteri, kantoi bercuti dengan ‘skandal’

https://www.utusan.com.my/nasion ... uti-dengan-skandal/

Oleh JOHANNA MUMTAZ WANPA
18 Disember 2023, 6:45 pm


TANGKAP layar menerusi perkongsian di aplikasi Instagram.

PETALING JAYA: Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang isteri menyerang suaminya yang telah kantoi bercuti dengan wanita lain di lapangan terbang.

Menerusi perkongsian video di Instagram, kelihatan lelaki itu sedang berborak mesra dengan seorang wanita yang dikatakan kekasihnya dan perkara itu dirakam oleh isterinya.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan wanita tersebut beralih ke arah lain seakan tidak mengenali antara satu sama lain apabila disergah oleh isteri kepada lelaki terbabit.

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki tersebut mengingatkan suaminya bahawa mereka masih lagi sah sebagai suami dan isteri.

“Apa yang awak buat ni? Awak tahu kan kita masih lagi sah berkahwin?” soal perakam video itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu menduakan isterinya.

“Yang tiada rupa selalunya curang. Jadi pengajarannya carilah lelaki yang ada rupa,” komen @sarinah_art

“Murahnya harga diri seorang wanita yang sanggup bercinta dengan suami orang. Macam mana awak boleh percaya dengan lelaki yang curang dengan isteri dia? Sudah tentu dia akan tipu awak juga,” tulis @royrodrigues.

Video berkenaan telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai dengan 1.2 juta tontonan, 717 komen dan 5,867 tanda suka. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.159822 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list