View: 10762|Reply: 5
|
Wanita Cedera Parah Selepas Dihentak Dengan Topi Keledar, Muka Digigit Suami Mabuk
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di Karnataka, India mengalami cedera parah pada wajah selepas diserang suaminya yang berada di bawah pengaruh alkohol.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin lalu, pasangan berkenaan bertengkar sebelum mangsa diserang suaminya dengan menggunakan topi keledar selain bertindak menggigit wajahnya.
Foto: India Today
Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Suresh, 55, turut menyerang anak perempuan mereka yang cuba untuk menyelamatkan ibunya.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri pada pagi Selasa.
Mangsa dan anak perempuannya kini sedang menjalani rawatan di hospital manakala suspek didakwa atas tiga pertuduhan termasuk ugutan jenayah. -CARI
Sumber: mStar/ Indiatoday |
|
|
|
|
|
|
|
Yg belah sana mabuk2 anak bini jadi mangsa. Yg belah sini mabuk2 drive kereta bunuh orang. Suwey betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|