View: 11354|Reply: 4
|
Naqiu Nak Jumpa Syafinaz, Tangguh Hasrat Semasa ASGV Bimbang Dituduh Bodek
[Copy link]
|
|
Naqiu memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat secara peribadi kerana ingin memperbaiki kualiti pita suaranya.
Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najid, 37, bagaimanapun berkata hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana ingin memberi fokus kepada pertandingan All Stars Gegar Vaganza sebelum ini.
Foto: mStar
"Saya memang mencari peluang untuk bercakap dengan Tok Naz (Syafinaz) mengenai masalah saya itu.
"Tapi kebetulan pertandingan dah nak mula ketika itu jadi saya tangguh dulu. Bukan apa saya tak nak orang kata saya bodek.
"Dah lah orang cakap saya anak emas, bila jumpa nanti kata saya bodek pula. Memang niat saya nak habiskan pertandingan baru saya jumpa," katanya kepada mStar.
Berkongsi lebih lanjut, Naqiu berkata masalah pita suara yang dialaminya itu kerana tabiat menyanyi dan bercakap dengan cara yang salah sebelum dia membuat keputusan untuk aktif kembali dalam karier seni.
"Masalah itu sebenarnya datang daripada habit saya sendiri. Saya suka menyanyi dengan cara yang salah sebelum ini.
"Selepas saya habis 2019, baru saya tahu nak jaga kesihatan vokal menyanyi tidak sepatutnya macam itu. Selama bertahun-tahun saya menyanyi dan bercakap dengan cara yang salah," katanya lagi.
Kata Naqiu, dia masih lagi mencari waktu yang sesuai untuk mendapatkan temujanji bersama Syafinaz namun ingin menyelesaikan beberapa komitmen terlebih dahulu.
Namun dia akan bertemu penyanyi itu dalam masa terdekat kerana enggan melepaskan peluang emas ini.
"Mengenai pertemuan itu team saya sedang uruskan, saya pun baru sahaja selesai Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38).
"Ada beberapa persembahan yang kena buat jadi belum ada masa untuk set temujanji dengan Tok Naz untuk pemeriksaan.
"Saya tak pasti sama ada kena berehat ke apa selepas itu, cumanya saya kena selesaikan komitmen yang saya sudah janjikan sebelum ini.
"Untuk bertahan lama saya cuba betulkan semula habit saya," ujarnya.
Sebelum ini, Naqiu secara terbuka memaklumkan kepada Syafinaz dia mengalami masalah pita suara semasa konsert akhir ASGV minggu lalu.
Malah Syafinaz turut mempelawa Naqiu untuk menghubunginya bagi melakukan pemeriksaan kotak suara itu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Nas pun ada minta dia jumpa kan? Boleh lah timba ilmu sekali sebelum AJL nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
All the best Naqiu. Semoga dipermudahkan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
macam hael dulu kan... berguru dgn tok naz... |
|
|
|
|
|
|
|
Desa awam betul muka tokpinaz tp pakaian kemain urban. Tapi elok dia jaga badan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|